Monday, 24 June 2013

"Ini Kalilah, Berubah" - Pandikar #Parlimen2013 #Black505

Apa cerita ni sebenarnya? Keputusan menunjukkan Tan Sri Pandikar Amin menag sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat dengan undi sebanyak 133 manakala Datuk Kadir yang menjadi pilihan pembangkang dapat 89 undi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyeru semua Ahli Dewan Rakyat supaya berubah dan melakukan transformasi dalam usaha memartabatkan Parlimen Malaysia.

Menerusi ucapannya selepas dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13, Pandikar Amin mencuri tumpuan persidangan apabila melaungkan beberapa slogan yang dipopularkan kerajaan dan pakatan pembangkang.

Katanya slogan seperti 'ubah', 'transformasi', 'reformasi' dan 'ini kalilah' yang dilaungkan pemimpin politik dan rakyat perlu dilihat dari sudut positif untuk kebaikan semua pihak.
"Bagi mereka yang mempopularkan seruan ini mungkin mempunyai pengertian tersendiri, akan tetapi seruan-seruan ini bermesej iaitu menyeru mengubah sikap untuk membuat kebaikan.

"Ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi...kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah.
"Ini kalilah...kita julang memartabatkan Parlimen Malaysia ke tahap yang tinggi dengan menunjukkan sikap yang baik," katanya sambil disambut tepukan ahli Dewan Rakyat.

mstar

KK : Kalau disimpan lebih lama si Al-Juburi ni..nampak akan hancurlah se3buah negara yang bernama Malaysia. 

Wahai "beruk-beruk #Black505 " sekalian bapa Beruk dah angkat sumpah la... @anwaribrahim


Ini ikrar yang baru disebut Anwar pada pukul 11:50 pagi 

Saya Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar  kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan. sumber 
http://theunspinners.blogspot.com

Sedarlah wahai... anak beruk-beruk !!!! anada dak kena main.. APA yang sebenarnya anda perjuangan... SPR penipu tetapi bagaimana si bapa beruk boleh angkat sumpah !!!


Sunday, 23 June 2013

KAWALAN KETAT BAGI PASTIKAN PROSES ANGKAT SUMPAH LANCAR ESOK. @PDRMsia #BLACKOUT505

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan
membuat kawalan ketat bagi memastikan proses mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen esok berjalan lancar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam, namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan anggota Parlimen memasuki kawasan itu.

"Jadi sudah semestinya kita akan memastikan anggota Parlimen yang hendak mengangkat sumpah esok akan diperhatikan pergerakan mereka agar tidak diganggu oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas kempen kesedaran jenayah di sini
hari ini.

Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen esok.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 16 hari mulai esok hingga 18 Julai, dan Dewan Negara selama sembilan hari mulai 25 Jun dan disambung pada 22 Julai hingga 1 Ogos.

Sementara itu, Khalid berkata selain Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan seorang bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), tiada tangkapan lain berhubung kesalahan menghasut mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang berunsur hasutan serta boleh mengugat keselamatan dan keamanan negara.

"Sebelum inipun saya pernah bercakap janganlah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mungkin merunsingkan orang ramai, yang boleh membuat rakyat keliru, jadi sudah semestinya akan ada tindakan yang akan diambil.

"Jadi mereka (Husam dan bekas mahasiswa Uitm itu) akan disyorkan dituduh di bawah Akta Hasutan. Tempoh tahanan (reman) ini untuk memudahkan kita menjalankan siasatan serta mengemaskinikan kertas siasatan sebelum kita kemukakannya kepada pihak Peguam Negara," katanya.

Semalam, Husam, 54, ditahan pada 4 petang di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis Bukit Aman sebelum dibawa ke Kota Baharu berhubung kenyataan 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.

Bekas mahasiswa Uitm yang berusia 23 tahun pula ditahan pada 5.30 petang di depan rumahnya di Klang, Selangor berhubung kenyataan di laman blog beliau yang cuba menghasut untuk menyerang pasukan keselamatan pada perhimpunan haram
anjuran pembangkang di Padang Merbok.

- BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#black505: Peserta Roboh Khemah, Kekal Berhimpun. @PDRMsia #KL622

Para peserta perhimpunan Blackout 505 masih tidak berganjak walaupun khemah mereka telah diturunkan setelah menerima notis daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengosongkan kawasan di Padang Merbok di Kuala Lumpur pada Ahad.

Perserta perhimpunan Black505 yang berkhemah di Padang Merbok pada Sabtu mula mengemas barangan dan peralatan khemah masing-masing.

Bagaimanapun tinjauan mendapati kumpulan berkenaan masih tidak beredar dari kawasan tersebut walaupun kelihatan lebih ramai anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hadir untuk "memaksa" mereka untuk meninggalkan lokasi.

Terdahulu, DBKL mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan itu supaya segera mengosongkan tapak.

Pegawai penguat kuasa yang ditemui pemberita di lokasi berkata, notis itu dikeluarkan pada 10.15 pagi mengarahkan mereka untuk membuang khemah kerana mereka tidak mempunyai kebenaran daripada Datuk Bandar untuk berbuat demikian.

"Kami memberikan mereka sehingga 12.15 tengah hari dan jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil," katanya.

Mstar.

KK : Kesian 'beruk-beruk hitam' belaan PR. Bapak beruk dah balik senang lenang kat umah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jerebu: PM @NajibRazak Isytihar Darurat Di Muar, Ledang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang berkuatkuasa serta-merta berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi 750, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Setakat pukul 7 pagi Ahad, IPU di Muar meningkat kepada 746, di mana lebih sekali ganda berbanding tahap standard "berbahaya" menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bekas Pelajar UiTM Ditahan Di Bawah Akta Hasutan. @PDRMsia #Black505


Seorang bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di hadapan rumahnya di Klang, Selangor pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman Datuk Hadi Ho berkata bekas penuntut itu ditahan pada 5.30 petang berhubung kenyataan di laman blognya yang cuba menghasut untuk menyerang pasukan keselamatan pada perhimpunan haram anjuran pembangkang di Padang Merbok, di sini hari ini.
"Dalam kenyataannya itu turut mengganggap perhimpunan pada hari ini tidak akan berjaya sekiranya kereta FRU (Polis Unit Simpanan Persekutuan) tidak diterbalikkan dan sebagainya," katanya. 
mstar
KK : Aku ingat yang mengaji tinggi-tinggi cerdik..rupanya segelintirnya bangal nak beza intan dan kaca..adoihai sedarlah wahai melayu....

Friday, 21 June 2013

Serius !!! @Khalidismath bagi "AMARAN" kepada @PDRMsia . #Blackout505



"Kjayaan hmpunan sbtu ni ialah apabila 3 trak polis brjaya dterbalikkan, 2 water cannon berjaya ditumbangkan dan 3 bas FRU berjaya dipunahkan"

Di Harapkan pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Malaysia akan lebih bersedia "perkasa" bagi menghadapi sebarang tindakan dari "macai-macai" yang akan dilepaskan dari dalam kandang PAS,PKR dan DAPig.

Pastinya esok "macai-macai" ini akan cuba membuat pelbagai "provokasi" melampau bertujuan bagi mecetuskan keadaan kacau bilau dan keganasan. Itulah yang dikehendaki oleh ketua macai untuk menumbangkan kerajaan demokrasi yang sedia ada.