Sunday, 29 April 2018

#PRU14 [VIDEO]: 'Jangan bila tewas menuduh calon tak terpilih mencantas"Penyandang Kerusi Dun Bayu

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, hat and outdoor

Penyandang Kerusi Dun Bayu, berharap BN terus kekal menerajui Kedah.
Datuk Azmi Che Husain berkata, beliau reda tidak dicalonkan dan tidak mempunyai masalah dengan keputusan berkenaan.
Menurutnya, beliau yakin calon baharu dipilih lebih baik berbandingnya.

Video : Pak Lang Mie hadir di hari penamaan Calon Baling.
“Saya tetap akan berikan sokongan kepada calon BN. Pengundi mempunyai hak memilih, tetapi saya seru mereka bantu menangkan calon BN.


“Walaupun saya tidak terpilih tidak akan ada cantas-mencantas, jangan bila tewas menuduh calon tak terpilih mencantas bila menang mereka bekerja kuat, itu tidak betul,” katanya.
Image may contain: 1 person, text

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Dun Bayu, tadi.
Azmi berkata, penggantinya diharap akan sentiasa mendampingi rakyat.
“Perjalanan saya selepas ini tidak tentu lagi, rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya tidak ada dijanjikan apa-apa.
“Tetapi sebagai ahli parti dan pejuang, saya akan terus berjuang sebagai pejuang sejati, Melayu sejati demi untuk bangsa, agama dan tanah air,” katanya.


Sumber : Azmi reda tak tercalon 

Saturday, 28 April 2018

#PRU14 : LIVE UPDATE !! PERTEMBUNGAN 3 PENJURU DI BALING PANAS !!


Parlimen Baling (P16) menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara DSP Azeez Rahim (BN) penyandang di cabar oleh Ustaz Hassan Saad (PAS) & Saudara Taufik Hj Yaakob (PKR).

Manakala DUN Bayu menyaksikan Mohamed Noor Amin (BN) dicabar oleh Ustaz Nasir (PAS) & Dato Rahim Awang Kechik (PKR).

DUN Kupang pula penyandangya Datuk Harun Aziz (BN) dicabar Ustaz Najmi Ahmad (PAS) & Cg Johari Abdullah (PKR).

DUN Kuala Ketil, kali PAS meletakan muka baru menggantikan YB Cg Zuki (Penyandang). Mejar (B) Mansor (PAS) di cabar Datuk Khairul Azhar (BN) dan Calon PKR Mohamad Sofee Razak.







#PRU14 : LIVE UPDATE GEMPAR !! BEKAS ADUN BAYU YB AZMI TERJAH PENAMAAN CALON !!


Terjawab kemana menghilangnya YB Azmi Che Hussain, Mantan ADUN Bayu yang tidak di namakan sebagai ADUN Bayu.

Pasti yang tertanya Pak Lang Mi nak sokong mana.......

Walaupun beliau tidak dikekalkan sebagai calon, biarpun beliau penyandang ADUN... beliau tetap sokong.......





#PRU14 : LIVE UPDATE !! PENAMAAN CALON P16 BALIING PANAS !!



Baling Bahagia namun tanggal 28 hb April 2018 keaadaan bertukar panas apabila 20 ribu orang berhimpun menyatakan sokongan kepada parti masing-masing.













Friday, 27 April 2018

#PRU14 :GEMPAR !! Pesawat yang dinaiki Tun M ke Langkawi dirosakkan pihak tertentu !!


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pesawat yang dinaikinya menuju ke Langkawi dirosakkan pihak tertentu.

Dr Mahathir berkata, sebelum berlepas juruterbang memaklumkan bahawa pesawat tersebut mengalami kebocoran yang teruk dan tidak dapat dibaiki dalam tempoh yang singkat.

"Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas.

"Kemudian saya cuba minta pinjam pesawat kawan-kawan namun mereka tidak dapat meminjamkan kepada saya kerana telah dihalang pihak tertentu, tapi syukurlah ada seorang rakan yang sudi pinjamkan pesawatnya, dapatlah saya sampai ke Langkawi untuk majlis ini dan penamaan calon esok," katanya ketika berucap di Program Hi-Tea Wanita Pakatan Harapan bersama komuniti Cina dan India Langkawi.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-dakwa-pesawat-disabotaj-1.827301

#PRU14 : ANAK KAMPUNG CABAR AZEEZ RAHIM DI BALING.


BIODATA CALON PAS P16 BALING

USTAZ HASSAN BIN SAAD

Dilahirkn pada 17.3.1957 di Kg Tanjung Kupang, Baling Kedah .
Mempunyai 10 orang anak dan seorang isteri Zunaidah bt Shahabudin


PENDIDIKAN
  ✅Sek Keb Syed Sheh
  ✅ Sek Men Agama Yayasan Khairiah 
  ✅SM PGAS, Guar Perahu
  ✅Diploma Pendidikan Maktab Perguruan Islam


PENGALAMAN PEKERJAAN 

  ✅1980-1986 SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak
  ✅1987 SMK Siong, Baling Kedah 
  ✅1988-2017 SMK Jerai, Kupang Baling Kedah


JAWATAN DALAM MASYARAKAT 

  ✅Imam Masjid Azizi Kg Tanjung Kupang


JAWATAN DALAM PARTI
 
  ✅Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah 
  ✅YDP PAS Kawasan Baling


PENDIDIKAN ANAK-ANAK 

  ✅Nurul Husna - UKM 
  ✅Munir - KUIN 
  ✅Naseem Farhani - UPSI 
  ✅Raihan - UKM 
  ✅Syazwani - KUIN 
  ✅Nur Jalilah - USIM 
  ✅Fawwaz - IPG Besut 
  ✅Ibtisam - Usahawan
  ✅Rifhani - KUIN 
  ✅Bahirah - Masih Belajar Sek Men


ANUGERAH 

  ✅Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  1998
  ✅Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013
  ✅Bintang Sultan Kedah  (BKM)

Thursday, 26 April 2018

#PRU14 : BARISAN NASIONAL PERLIS 'TUMBANG" SEBELUM PENAMAAN CALON.

Panasnya cuaca politik di Perlis, lebih hebat daripada di Terengganu atau Kelantan yang Pedang terjah baru-baru ini.
Pedang terus terang cakap – berebut kerusi di kalangan orang UMNO Perlis tak habis-habis. Masing-masing nakkan orang mereka menjadi calon, tanpa mengira sokongan akar umbi.
Susah Pedang nak cakap. Mungkin betul bila orang parti Pakatan Harapan (Harapan) cakap, dalam UMNO Perlis banyak krisis. Negeri lain, Menteri Besarnya adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, tapi Perlis tidak.

Kenapa? Mestilah ada sebab atau ‘krisis ketidakpercayaan’.
Tak yakin MB Perlis, Datuk Azlan Man boleh kendalikan UMNO negeri, sebagaimana cerita yang Pedang dengar bahawa Azlan sendiri kalau kekal bertanding di DUN Pauh, akan kalah. Sebab itu, Azlan mungkin bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
Buat apa nak berebut. Kekalkan yang sedia menang pada PRU13 dulu dan letakkan muka baru di kawasan yang kalah. Kalau nak ubah pun, hanya ubah kawasan – daripada DUN pindah ke Parlimen. Pedang yakin BN akan terus mengekalkan pentadbiran jika berbuat demikian.
Pedang dengar cerita ada beberapa muka lama yang sudah lebih dua penggal menang akan digugurkan. Muka-muka lama ini pula disukai oleh orang PAS, Harapan dan orang UMNO sendiri.
Pedang sendiri jumpa orang PAS dan Harapan bertanya di kalangan pemimpin UMNO, siapa yang mereka suka dan akan pilih jika menjadi calon. Mereka jawab orang ini lah, sebab dia banyak membela rakyat, menjadi ‘check and balance’ dalam kerajaan Perlis sendiri.
Adik Pedang pun kuat dalam politik – PAS. Tapi dia suka kepada pemimpin UMNO yang boleh bertindak demi kebaikan rakyat.
Pedang balik Chuping baru-baru ini, merata tempat Pedang temui orang kampung. Buah harumanis pun sedang berputik, malah di sesetengah tempat dah boleh petik pun. Pedang jumpa akar umbi tak kira sama ada Pas, Harapan atau orang UMNO sendiri.
Apa dicakapkan. “Kami lihat individu yang boleh berkhidmat. Kami tak lihat parti.” Orang PAS dan Harapan pun cakap pada Pedang “kalau individu itu mewakili UMNO dan bertindak membela rakyat seolah-olah seperti pembangkang, kami akan sokong dia. Sebab dia adalah pembela rakyat”.
Rakyat Perlis dan boleh berfikir. Walaupun, pada PRU13 lalu calon-calon UMNO ini menang dengan majoriti di bawah 2,000 undi, cuba bayangkan berapa sangatlah keseluruhan jumlah pengundi di sesuatu kerusi DUN di Perlis.
Pedang lihat kalau UMNO Perlis salah letak calon, mengetepikan ‘orang lama’ yang sudah lebih dua penggal menang, tetapi masih mendapat sokongan rakyat, bersiap-siaplah untuk serah kerusi pentadbiran kepada Harapan atau PAS.
sumber : 

Berebut kerusi,