Monday, 2 April 2012

GELOMBANG KEDUA RIBUT DI KAWASAN BALING.

01 April 2012_Gelombang angin kuat beserta hujan yang melanda Mukim Kupang dan Mukim Pulai pada petang semalam. Kejadian yang berlaku sekitar jam 6.00 petang mengakibatkan beberapa buah rumah dan bebrapa batang pokok tumbang merosakan beberapa buah rumah di kawasan itu.


Antara kampung yang terlibat, Kampung Bendang Becah, Kampung Pak Bong, Kampng sera, Kampung Gabus dan bebera kampung lain yang terlibat. Hampir 80 buah rumah serta sebuah sekolah di tutup sesi pengajian iaitu Sek. Men. Keb. Jerai, Kupang mengalami kerosakan. Pelajar di arahkah pulang pada sesi pagi tadi kerana kawasan sekolah berkenaan di penuhi sisa sepirhan bumbung.


Encik Ishak Mat, penyelaras DUN Kupang, yang mewakili UMNO Bhg. Baling, memberitahu Bantuan telah di hulurkan sejak semalan lagi dengan menghantar sukarelawan pemuda DUN Kupang untuk membersihkan kawasan kediaman di Kampung Pak Bong. Pada pagi  ini JKM telah di arahkan dengan kadar segera untuk mengenal pasti jumlah kerugian akibat, bencana ini.









P/S : AKU TAK TAU MAKNA APAKAH SEMUA....UJIAN DARI ALLAH S.W.T UNTUK UMATNYA YANG SEMAKIN ALPA .............

No comments:

Post a Comment