Wednesday, 30 May 2012

MAKIN LAMA MAKIN KARUT: KEDAH BAKAL IKUT JEJAK KELANTAN


DUIT BALAK HAMPA SAPU....NAK BUAT PEMBANGUNAN HAMPA SURUH RAKYAT DERMA....

Apa Kejadahnya Nak Buat Hiway Minta Duit Rakyat

Apa perlu nya lebuhraya yang menghubungkan Kota Bahru - Kuala Krai jika rakyat terpaksa menjadi korban kerajaan negeri?

Saya sendiri tidak nampak di mana kewajaran kerajaan negeri meminta rakyat berkorban, berwakaf dan bergolok gadai untuk mendapatkan kemudahan lebuhraya tersebut.

Apa ni Nik Aziz, main² ker?
Adakah lebuhraya ini untuk memperlihatkan kerajaan negeri berjaya membangunkan negeri Kelantan secara keseluruhannya? Atau lebuhraya ini sekadar untuk mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan PAS Kelantan berjaya membangunkan projek mega yang menelan kos berbillion² ringgit?

Tak dinafikan dengan kewujudan lebuhraya seperti ini dapat memendekkan waktu perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain selain dapat menjana ekonomi yang baik untuk penduduk setempat.

Tapi jika rakyat terpaksa melakukan pengorbanan daripada segi wang ringgit, tanah pusaka, tanah kebun dan pelbagainya, itu sudah kelihatan umpama kerajaan cuba memiliki hasil titik peluh rakyat sendiri atau dalam bahasa mudahnya merompak duit rakyatsecara terang²an.

Di mana letaknya pula tanggungjawab kerajaan negeri selaku pemerintah di Kelantan selama lebih 20 tahun? Masih tidak cukup pengalaman lagi kah kerajaan negeri menguruskan setiap tanah jajahan negeri Kelantan atau sebenarnya kerajaan negeri Kelantan tamak?

Tahun 2012 bukanlah seperti kondisi negara semasa zaman perang dan sebelum merdeka. Di mana rakyat terpaksa berkorban jiwa raga, harta benda dan bergolok gadai membantu Tunku Abdul Rahman dan rombongan ke London untuk mendapatkan kemerdekaan.

Zaman sekarang ini merupakan zaman serba maju dan canggih. Kerajaan negeri Kelantan seharusnya bijak menguruskan tadbir negeri sendiri dengan lebih baik dan berjaya. Bukankah kerajaan PAS Kelantan mempunyai sumber yang besar melalui pembalakan haram yang dikerjakan oleh Husam Musa. Di mana perginya segala hasil² cukai pembalakan? Di mana perginya hasil² cukai pendapatan?

Aduhaiii~
Contoh yang boleh dianggap penyelewengan bodoh daripada kerajaan negeri Kelantan yang tak bijak langsung ialah perjanjian (MoU) menantu Nik Aziz yang ingin membangunkan Bazaar Tok Guru di atas tapak berkeluasan 5.9 ekar. Namun hanya 1.5 ekar saja digunakan untuk Bazaar tersebut.

MoU ditandatangi di antara pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan 2 persatuan peniaga dan penjaja sekitar Kota Bharu. Kandungan MoU tersebut menyatakan bahawa projek Bazaar Tok Guru tidak berorientasikan keuntungan (bodoh 1). Kerana ia lebih kepada hasrat murni Nik Aziz melihat para penjaja dari arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang selesa untuk berniaga.

Namun kebodohan 2 mulai timbul apabila baki tanah seluas 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd yakni syarikat yang membangunkan Bazaar Tok Guru.

Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian tersebut hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazaar Tok Guru sahaja. Itupun selepas PMBK membayar semula sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang si menantu a.k.a hantu Nik Aziz pinjam bagi pihak PMBK dari pemaju (Sensa Timur Sdn Bhd). Akhirnya PMBK dan kerajaan negeri tidak menerima apa² keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama satu abad.

Apabila ditanya mana keuntungan daripada pembukaan Bazaar Tok Guru tersebut, si menantu pun menjawab bahawa syarikat pemaju, Sensa Timur Sdn Bhd telah bersetuju untuk menderma sebuah sekolah Tok Guru berhampiran rumah Nik Aziz, Pulau Melaka. Menariknya lagi, sekolah tersebut diuruskan anak² lelaki Nik Aziz.

Mungkin disebabkan kebodohan menantu Nik Aziz inilah tercetusnya idea kerajaan negeri meminta sedekah rakyat untuk membangunkan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai secara percuma.

Fikir²kanlah.
Kalo kerajaan BN yang memerintah Kelantan, Insyallah negeri ini akan lebih maju dan berdaya saing dengan negeri² sekitarnya.

SUMBER : rezqeen hill

No comments:

Post a Comment