Tok Guru yang dikasihi. Dewasa ini kami melihat bibit-bibit perpecahan dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri di Kelantan. Organisasi Serambi Makkah; negeri kebanggaan kami mula menunjukkan keretakan serta terhakisnya perpaduan dalam budaya kerja. Sebagai insan yang sangat cintakan perjuangan Islam yang humanis, kami dapat rasakan bahawa terdapat perpecahan ketara dalam aliran pemikiran mereka yang dalam madrasah politik Tok Guru ini.
Ada di kalangan mereka dilihat begitu terpengaruh dengan fahaman dan pemikiran talebanisme (juga wahabisme) yang kami sebelum ini kerapkali tegas menyatakan bahawa ia adalah fahaman yang berbahaya serta mengancam keharmonian dan toleransi demokratik yang ada dalam masyarakat. Namun di satu sisi lain, wujud barisan pemimpin yang tampil dalam bentuk kerja yang progresif seupama Tok Guru sendiri!
No comments:
Post a Comment