"sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan"
(gambar diatas sekadar hiasan)
Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan berhadapan jana kuasa itu.
"Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja perempuan pula keluar dari tempat sama.
"Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan.
Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula terkawal.
"Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya. Sumber
KK : Sekarang ini dunia dah banyak berubah, persekitaran sekarang tidak seperti dulu. Dengan dunia tanpa sempadan, pusat-pusat hiburan yang bersepah di merata tempat, pengaruh rancangan yang dipaparkan di kaca televisyen merupakan antara penyumbang sehingga berlakunya gelaja sosial.
Tidak kira di zaman mana anda berada atau di mana bumi anda berpijak, adab dan tradisi yang dipupuk dibawa bersama. Salah satunya adalah pergaulan anak-anak gadis hari ini. Kadang-kadang dilihat mereka berani sangat melepak dengan lelaki-lelaki yang belum tentu diketahui tujuan sebenarnya. Yang lebih menyakitkan mata kalau mereka bergaul bebas, bertepuk tampar, menjerit-jerit, dan tergedik-gedik tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Lebih memalukan lagi kalau lelaki itu akhirnya tidak menjadi pasangan hidup mereka pun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment