Saturday, 17 May 2014

CAJ ELEKTRIK NAIK : Berita Dari Akhbar Utusan Lebih Profesional Dari Berita Harian.


Bila kita kita baca dari akhbar Berita Harian mengenai pengumuman kenaikan caj elektrik tentu timbul perasaan 'meluat' dan marah kepada kerajaan. Apatah lagi sekarang kita di sumbat dengan pelbagai berita yang 'panas'...

Berita dari Utusan lebih bertanggungjawab.

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mutu perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) khususnya dalam pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna ditingkatkan dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan kenaikan tarif elektrik sejak Januari lalu.

Malah Perdana Menteri melihat tiada maknanya tarif elektrik dinaikkan jika masih terdapat gangguan bekalan elektrik yang akhirnya akan mengakibatkan beliau selaku ketua kerajaan merasai bahang 'kemarahan' rakyat.


Oleh itu, katanya, TNB perlu komited terhadap enam bidang keberhasilan utama yang 
telah digariskan oleh syarikat milik kerajaan (GLC) berkenaan iaitu:

* Menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia;
* Melangkaui kepuasan pelanggan;
* Mengurus kos dan operasi secara efisien;
* Meluaskan bisnes baharu;
* Mentransformasi organisasi;
* Memperkukuhkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).


"Apabila naik tarif, saya sendiri yang menerima bahangnya sebagai ketua kerajaan. Sebabnya, tiada siapa suka tarif elektrik naik. Tetapi jika tidak naik, TNB akan mengalami kerugian. Kalau rugi, kita terpaksa menggunakan wang rakyat untuk subsidi TNB. Bukan nak bebankan rakyat tetapi realitinya kita tiada pilihan.

"Kalau ambil duit rakyat dan beri kepada TNB, kita tak boleh buat pembangunan untuk rakyat. Sebab itu kalau naikkan tarif, mesti ada justifikasinya.

Jika tak, TNB akan jadi organisasi defisit, saham jatuh, gaji tak boleh naik. Dan demikian, warga kerja TNB mempunyai tugas menjamin bekalan elektrik yang terbaik. Apa guna menaikkan tarif kalau masih terdapat gangguan sana sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perhimpunan warga kerja TNB sempena Hari Pekerja 2014 di Kompleks Sukan TNB di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

Pada majlis itu, beliau melancarkan Pelan Transformasi 1TNB yang antara lain bermatlamat memperluaskan perkhidmatan TNB ke luar negara.


Najib dalam pada itu menerima kad keahlian 1TNB yang seterusnya menjadikan ‘keluarga’ besar TNB kini berjumlah 34,901 orang.

Beliau memberitahu, sebagai kerajaan, sudah pasti apa yang menjadi keutamaan adalah memastikan bekalan elektrik berada pada tahap terbaik bagi menambah keyakinan rakyat termasuk pelabur asing.


"Kepuasan kepada rakyat, sudah tentu (mendapat) bekalan elektrik kepada isi rumah pada setiap waktu, kepada industri, kalau putus bekalan elektrik ini akan menyebabkan ramai mengalami kerugian besar.

"Pelabur tak akan melabur jika bekalan elektrik tidak bagus. Pertumbuhan ekonomi akan terjejas. Nak kejar negara maju, mungkin tinggal impian jika tak pastikan asas iaitu bekalan elektrik yang terjamin. Kita mesti lakukan tambah baik," kata Perdana Menteri.
Sementara itu beliau berkata, TNB mampu mencapai ke tahap lebih tinggi dan menjadi 'juara' di peringkat global jika komited terhadap pelan transformasinya.


"Jangan lupa integriti. Tiada makna kalau tiada integriti. Kita akan sentiasa memberi perhatian kepada apa yang perlu menjamin TNB menjadi organisasi yang dapat memenuhi cita-cita korporat, nak jadi pembekal elektrik utama, juara serantau dan juara di peringkat global," tambahnya.


Utusan.

No comments:

Post a Comment