Daun ketum atau yang sama jenis dengannya boleh diletakkan di
bawah Akta Dadah Berbahaya jika terbukti mempunyai unsur dadah yang
menyebabkan penagihan berulang.
Daun ketum asal hukumnya adalah harus yang mana
kebanyakan masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau
tradisional. Akan tetapi telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat
sehingga memabukkan atau dengan mencampurkan bahan-bahan lain maka hukumnya
adalah haram.
Kenyataan ini dibuat YAB Dato'Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir setelah selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah petang kelmarin di Wisma Darulaman.
No comments:
Post a Comment