73% keluar mengundi di Pengkalan Kubor, keputusan dijangka rasmi dijangka seawal 9 malam.
Menurut sumber tidak rasmi pada PRK N01 Pengkalan Kubur Barisan Nasional berjaya menambah manjoriti dengan lebih besar.
Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor tiba dengan 24,039 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 12 Pusat Mengundi yang telah dibuka seawal pukul 8 pagi.
PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN iaitu Tuan Haji Mat Razi Mat Ail dan calon PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim serta seorang calon bebas iaitu Izat Bukhary Ismail. Setelah 12 hari berkempen, calon BN dilihat berpotensi mengekalkan kemenangan yang diperolehi tiga penggal berturut-turut sejak PRU ke-11.
Ikuti bersama klxpress untuk mengetahui perkembangan terkini sepanjang tempoh hari pembuangan undi hingga keputusan diumumkan. (Klik di sini untuk update terkini)
No comments:
Post a Comment