Showing posts with label #partiajaransesat. Show all posts
Showing posts with label #partiajaransesat. Show all posts

Monday, 27 August 2012

TUU.....DIA !!! INI KER CARA AHLI PAS CARI DUIT



PEMBONGKARAN DARI FAIL 
XXXX CUCU TOK SELAMPIT :-

Melihatkan gambar di atas yang diambil dari Pasar Borong Selayang oleh rakan baik CTS, menyebabkan lidah kelu untuk bersuara. Kesian Pakcik ini. Orang buta pun sanggup dipergunakan oleh juak-juak BERSIH dalam menjayakan agenda mereka. Mungkin ada yang berkata, mungkin baju tersebut adalah sedekah dari orang yang terlibat dengan BERSIH. Mungkin ya dan mungkin tidak. Melihatkan lebai yang dipakai oleh Pakcik tersebut berwarna hijau putih memungkinkan beliau seorang ahli PAS. 

Mana juak-juak BERSIH yang mengaku bersaudara sehidup semati? Mana pengikut Ambiga dan Tok Janggut yang kononnya bekerjasama antara satu sama lain, bersatu melawan kerajaan yang zalim? Mana pergi perjuangan nasib Rakyat? Mana perginya Ambiga? Mana perginya Thambi yang bukakan penghadang masuk kawasan FRU? Di dalam Pakcik ini menyambut Hari Lebaran, mana pertongan yang dihulurkan? Habis madu sepah dibuang. Selepas beliau dipergunakan untuk mencapai agenda BERSIH, beliau dibuang begitu sahaja. CTS tidak menghina Pakcik ini di atas kekurangannya. CTS marahkan orang yang mempergunakan beliau. Itu sahaja!

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/08/sadis-gambar-orang-buta-diperalatkan.html#A1Zd6pqb2um1xVbb.99

Monday, 13 August 2012

Jemaah PAS Solat di Kaki Lima Putrajaya @ SEMBAH BULAN



Jemaah PAS semakin taksub dengan ke partian Politik?

Mereka 'sembah' bulan senga nak menunjuk-nunjuk?

sampai cam ni sekali puak pas ni, kenapa PAS begitu riak bersolat terawikh di kaki lima Precint 15, sedangkan surau berdekatan ada menganjurkan solat berjemaah setiap malam yang mana lebih 200 penduduk Putrajaya berjemaah bersama-sama?

PAS tidak mahu bersama penduduk Putrajaya yang lain dalam meraih keberkataan bulan Ramadhan, atau mungkin sebab jika berjemaah dalam masjid dan surau bersama penduduk lain mereka tidak boleh menunjuk-nunjuk dan gantung bendera bulan.


Nak tahu apa cerita, baca di D-YY

Tuesday, 7 August 2012

Bab sejarah politik : PERJANJIAN SYAITAN !!!!!!!!!

kenyataan paling Popular Pok Nik.


KK tak nak komen pasal benda ni sebab ia membabitkan Akidah...so KK peti saje kenyataan seorang sahabat....yang KK harap dapat membantu pembaca untuk menilai " Ulama PAS"

KEMAMPUAN NIK AZIZ MEMBERI FATWA

Saya ingin berbalik kepada persoalan tentang kemampuan Nik Aziz untuk memberi fatwa.  Adakah beliau menguasai dengan mendalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fatwa dan ijtihad seperti ilmu fiqh, usul al-fiqh, qawa'id al-fiqh, maqaasid al syariah dan seterusnya, yang mana ia dipelajari secara mendalam dalam jurusan Syariah dengan pengkhususan dalam ilmu usul al-fiqh.  Menurut al-Syaukani, ilmu usul al-fiqh merupakan tiang seri kepada ijtihad dan menjadi asas untuk tegak segala sendinya.  Al-Fakh al-Razi menegaskan: "Sesungguhnya ilmu yang paling penting bagi seseorang yang ingin berijtihad ialah ilmu usul al-fiqh".  Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh Imam Ghazali: "Sesungguhnya pengetahuan yang paling penting dalam berijtihad mengandungi tiga cabang ilmu, iaitu Hadis, Bahasa Arab, dan usul al-fiqh" (lihat al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul).  Persoalan pengkhususan tidak boleh dipandang ringan dalam berurusan dengan hukum Allah.  Ini kerana terdapat peringatan yang agak berat daripada Rasulullah melalui sebuah Hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi fatwa tanpa ilmu yang mencukupi, ia akan dilaknat oleh Malaikat di langit dan di bumi" (Ibnu 'Asakir).

Kenyataan kedua oleh Haji Nik Aziz yang boleh mengelirukan jika tidak diberi penjelasan ialah tentang keharusan berkawan dengan syaitan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam.  Ini ialah memandangkan Quran dan Sunnah dengan jelas dan tegas memerintahkan umat Islam supaya menjadikan syaitan sebagai musuh mereka yang paling utama tanpa sebarang kompromi.  Kerana syaitan itu sendiri merupakan punca kejahatan yang tidak boleh diharapkan apa-apa kebaikan daripadanya pada bila-bila masa dan keadaan sekalipun, seperti yang ditegaskan dalam firmannya yang bermaksud: "Sesungguhnya laknat itu tetap menimpamu (iblis) sampai hari kiamat(Thoha. 35).  Menurut Ibnu al-Qayyim: "Sesiapa yang meneliti Quran dan Sunnah akan mendapati kedua-duanya memberi penekanan yang lebih banyak dalam memperingatkan manusia tentang tipu helah syaitan dan keperluan memeranginya, berbanding dengan peringatan tentang bahaya nafsu" (Ighathah al-Lahfan, jld. 1).  Ibnu Kathir, ketika mengulas ayat yang memerintahkan umat Islam berbuat baik terhadap manusia yang bermusuh dengan mereka (Fushshilat: 34), beliau menyatakan: "Allah memerintahkan umat Islam supaya berdamai dengan musuh yang terdiri daripada manusia serta berbuat baik kepada mereka; supaya dengan itu permusuhan dapat dijernihkan disebabkan terdapat asas kebaikan dalam diri setiap manusia.  Tetapi Allah memerintahkan supaya mereka memohon perlindungan daripada syaitan, kerana permusuhannya dengan manusia bersifat total dan tidak ada sebarang kemungkinan untuk berdamai dan berbaik-baik lagi.  Ini ialah memandangkan seluruh usaha syaitan ditumpukkan untuk membinasakan anak Adam disebabkan permusuhan yang sangat ketat antaranya dengan bapa mereka Adam sebelum ini" (Tafsir al-Quran al-'Azim, jld. 1).

Apa yang disebutkan oleh Ibnu Kathir ini dapat disaksikan dalam banyak ayat Quran, antaranya firman yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai musuh; kerana sesungguhnya syaitan itu hanya menyeru puaknya supaya mereka menjadi penghulu neraka sa'ir" (Faathir: 6).  Menurut AI-Quran, hanya orang yang tidak beriman sahaja yang menjadikan syaitan sebagai pembantunya, seperti yang dinyatakan dalam surah al-A'raaf ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan syaitan itu sebagai pembantu-pembantu kepada orang-orang yang tidak beriman".  AI-Quran seterusnya menegaskan bahawa orang-orang yang menjadikan syaitan sebagai kawan tidak akan mendapat apa-apa kecuali kerugian di dunia dan di akhirat: "Dan sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai penolong selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata" (Maksud ayat 119 surah Annisaa').

Jadi persoalan syaitan sebagai musuh utama umat Islam dan tidak boleh dijadikan kawan atau pembantu dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam adalah merupakan perkara yang qat'ei (tidak terdapat perbezaan pandangan atau tafsiran mengenainya). la termasuk dalam hukum yang dikategorikan oleh ulama sebagai "al-ma'lum min al-din bi al-dharurah" (hukum yang diijmak oleh ulama dan dapat diketahui dengan mudah tanpa perlu kajian yang mendalam).  Hukum seperti ini tidak boleh dipermainkan; kerana mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran.  Oleh itu sebarang bentuk kenyataan yang boleh menampakkan percanggahan dengan keterangan Quran yang jelas dan qateiini boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai, memandangkan ia menyentuh persoalan akidah yang tidak boleh ada sebarang ijtihad lagi mengenainya.

Mudah-mudahan dengan penjelasan ini saya berharap telah dapat melaksanakan tanggungjawab menyampaikan apa yang perlu disampaikan.  Bagi pihak orang ramai pula, mereka berpeluang meneliti manakah pandangan yang benar dan menyakinkan untuk dijadikan pegangan dan amalan, yang mana mereka akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak terhadap pegangan tersebut secara bersendirian - bukan secara berparti.  Wallahu A'Iam.
  
 Wan Zahidi Wan Teh

SUMBER



#ramadhan bulan mulia.