Showing posts with label aspirasi mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label aspirasi mahasiswa. Show all posts

Wednesday, 26 September 2012

[Video] Detik Cemas Calon PRK UUM "Orang Muda Geng Kita" #aspirasimahasiswa



Detik cemas yang menimpa mahasiswa UUM ketika berada di dalam Dewan saat pengumuman keputusan PRK kampus bagi Universiti Utara Malaysia. Apabila keputusan diumumkan, dewan menjadi riuh.. disebabkan Aspirasi Mahasiswa mendapat undian terbanyak "Memang orang Muda Geng Kita" tapi bukan PR.. HAHAHAHAHH

Untuk Makluman, Iqtiyani Bt Mohd Bashir dari pengajian tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian telah mendapat undian yang paling terbanyak iaitu 10,890 atau 82.8% undi .

Lihat Gambar yang lebih jelas kat bawah.... Cayalah !!! Mahasiswa..UUM The Best.. 

[Video] Jangan Pertikal Calon yang di Pilih- Naib Canselor UUM #aspirasimahsiswa



Mereka yang di pilih yang terbaik. Kematangan mahasiswa untuk memilih calon untuk MP dapat dilihat pada PRK kali ini.Mereka yang diberi mandat perlu faham dan sedar apa yang dikehendaki pelajar selain menjadi jambatan dan penghubung pelajar dengan pihak universiti. Misi dan aspirasi univerisiti dan membantu menjayakan matlamat melahirkan graduan yang menepati keperluan dan kehendak negara.





Sidang Media yang selepas PRK di UUM Sintok, Kedah.


Pilihan Raya Kampus: Pro-Aspirasi Menang Besar
KUALA LUMPUR: Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa telah menang besar dalam pilihan raya kampus di tujuh daripada 15 buah universiti awam pada Selasa.
Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Di UPM, Aspirasi Mahasiwa yang juga dikenali sebagai Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan sementara Pro-Mahasiswa memperoleh tujuh kerusi.
Calon Pro-Aspirasi turut menyapu bersih sebanyak 34 daripada 36 keruasi di UUM, 18 daripada 20 kerusi di UMT, 22 daripada 24 kerusi di UMP dan menang kesemua kerusi di UPNM.
Sebanyak 15 universiti awam mengadakan pilihan raya kampus pada Selasa.
Calon Pro-Aspirasi merupakan kumpulan pro-establishment manakala Pro-Mahasiswa merupakan anti-establishment.
Bagaimanapun, di Universiti Malaya (UM), Pro-Aspirasi telah memberi tentangan yang sengit kepada pencabar mereka iaitu Pro Mahasiswa.
Walaupun kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa mendakwa bahawa mereka memenangi 22 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan, tetapi saingannya mempunyai 19 kerusi, Pro-Aspirasi menegaskan bahawa ia sebenarnya memenangi 21 kerusi manakala manakala Pro-Mahasiswa hanya meraih 20 kerusi.
Dua kerusi lagi berakhir dengan seri antara dua kumpulan.
UM memang dikenali sebagai kubu kuat Pro-M sebelum ini.
Keputusan lain di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pro-Aspirasi menang keseluruhan 38 kerusi yang dipertandingkan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menang 10 daripada 14 kerusi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menang 32 daripada 36 kerusi.
Setakat ini, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) masih belum mempunyai rekod rasmi.
Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa turut mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M. Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).
Sementara di UTHM, Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.
Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Dr Mizan Hitam berkata, keputusan pilihan raya tidak dapat diumumkan secara rasmi berikutan terdapat masalah teknikal semasa proses pengundian elektronik.
"Catatan terakhir menunjukkan sebahagian undi tidak dapat direkodkan kerana proses penyulitan tidak lengkap," beliau berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pengundian semula dijangka akan dilakukan dalam tempoh seminggu._SUMBER

Tuesday, 25 September 2012

Masa Untuk Saya Pilih #AspirasiMahasiswa



Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan.


Setelah membuat pemerhatian dalam tempoh berkempen ini, MU tertarik dan bersetuju dengan manifesto rakan-rakan ini. Jelas dan menyeluruh.

1.    Keutamaan menjaga kebajikan mahasiswa
2.    Pembangunan kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah dalam mempertingkatkan lagi kebolehpasaran mahasiswa.
3.    Keberkesanan penyampaian informasi yang mutakhir
4.    Memperkasa dan menambahbaik infrastruktur dan kemudahan
5.    Pembudayaan semangat kesukarelawanan & kemasyarakatan
6.    Melestari kampus hijau mesra alam
7.    Pemantapan sistem praktikum menerusi jaringan luar yang berkesan
8.    Keterbukaan keintelektualan aspirasi mahasiswa serta amalan budaya korporat
9.    Pembangunan sukan yang mapan dan menyeluruh
10. Mempromosi amalan tadbir urus korporat di semua jabatan serta pelajar

Kepada rakan-rakan, mahasiswa-mahasiswi UUM, jalankanlah tanggungjawab anda.


 Waktu mengundi:
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat:
DPP masing-masing (Pelajar berdaftar dengan DPP)
Pusat Kegiatan Pelajar, SAC (Pelajar tinggal di luar kampus)


MU Pilih

Sunday, 23 September 2012

[VIDEO] Mahasiswa Gegagarkan PRK #AspirasiMahasiswa #MediaSiswaUUM




Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan.

Friday, 21 September 2012

#AspirasiMahasiswa bawa Traformasi Negara.



Mesej yang jelas yang ditunjukan  mahasiswa Malaysia untuk kedamaian, keamanan dan keselesaan apabila dalam pilihan raya kampus kali ini. Walaupun ada segelintir Mahasiswa pro M yang termakan hasutan pengkhianat dengan menyokong PEMBANGKANG. Sikap Pro Mahasiswa yang di tunggangni Parti Politik (PR) apabila "anak Emas" Anuwar Ibrahim ADAM ADLI kerap kali membuat Demo serta kekacauan di dalam Kampus mahupun di Luar Kampus.

Walaubagaimana dan juga apa jua tindakan serta cara yang di gunakan oleh ejen pembangkang untuk menyerapkan budaya dan ideologi "syiah" dalam kampus di lihat Gagal apabila Calon Aspirasi berjaya menguasai PRK walaupun semasa penamaan calon. 


Penamaan calon bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UUM telahpun selesai semalam. Satu kejayaan besar bagi calon-calon Perubahan apabila gempar Transformasi Mahasiswa tidak menghantar calon untuk bertanding sebagaimana yang dimaklumkan sebelum INI. Saingan dilihat hanya berlaku antara calon-calon Perubahan dan calon-calon yang bertanding atas tiket bebas.

22 Calon telah pun menang tanpa bertanding bagi kawasan pemilihan mengikut kolej di mana pertandingan 3 penjuru hanya melibatkan 3 daripada 14 pusat pengajian yang terdapat di UUM. Bagi kawasan umum, 12 calon bertanding akan merebut 8 kerusi yang dipertandingkan. 


Walaupun mahasiswa pro pembangkang (dulu media pembangkang menggunakan istilah ini) terus menukar taktik dari segi istilah nama dengan nama mahasiswa pro mahasiswa namun ia tidak sedikit pun mengelirukan mahasiswa Malaysia.

aYOHHH... Mahasiswa Malaysia bersama kerajaan membangunkan TRANFOMASI NEGARA.

sumber : Mahasiswa utara blog.

Wednesday, 19 September 2012

#aspirasi Mahasiswa "sekolahkan" Mahasewel yang suka berdemo.


Memalukan dan kurang ajar, itulah istilah yang sesuai digunakan untuk manusia yang taidak tahu mengenang budi ini.

Menggelarkan dirinya mahasiswa dan membawa gerakan militan di dalam kumpulan pelajar telah menyebabkan ramai orang meggelarkan Mahasiswa sebagai pembawa bencana kepada negara kini.

Tetapi berlainan pula dengan kumpulan pelajar yang cintakan keamanan dan mempunyai keazaman untuk terus belajar bagi mencapai cita-cita yang mereka impikan.





Malam tadi sekumpulan pelajar dari UKM telah mengadakan "Program Rewang Raya D Kajai" yang turut dihadiri oleh rakan-rakan dari Universiti lain dan semuanya berjalan lancar dan aman.

Begitu ramai mahasiswa dan mahasiswa yang hadir yang membawa bersama mereka "Aspirasi Mahasiswa" iaitu keinginan dan kehendak yang kuat untuk berjaya.

Tiada aksi menendang polis, membaling batu, membakar bendera, memaki hamun sepanjang majlis berlangsung, rata-rata mereka kelihatan gembira dan mesra bersama rakan-rakan seperjuangan dalam meninba ilmu.

Syabas UKM kerana berjaya melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang terbaik.

-Sumber : Pena Dari Tanah Melayu