Showing posts with label info luar negara. Show all posts
Showing posts with label info luar negara. Show all posts

Wednesday, 5 February 2014

Bill Gates undur diri sebagaipengerusi Microsoft. @UMoline


WASHINGTON: Pengasas Microsoft, Bill Gates akan meletak jawatan sebagai pengerusi dan diberikan peranan baru sebagai "pengasas dan penasihat teknologi" apabila Satya Nadella dinamakan sebagai ketua eksekutif.

Gates akan menumpukan lebih banyak masa untuk syarikat dalam peranan barunya apabila syarikat gergasi teknologi dunia itu berdepan dengan perubahan landskap dunia pengkomputeran, kata syarikat tersebut.

Wednesday, 13 November 2013

BERNIAGA ORANG LAGI UNTUNG !!! @rakytanews


Ini lah Syarikat Pengedar Organ Manusia TerbesarIni lah Syarikat Pengedar Organ Manusia Terbesar. SynDaver Labs,adalah sebuah syarikat terbesar didunia mengedarkan organ asli manusia dalam bentuk sintetik.

Mereka membekalkan organ-organ ini kepada seluruh universiti perubatan di seluruh dunia dan kebanyakan organ ini di ambil daripada india.
beberapa gambar organ manusia yang dijual oleh mereka.







Tuesday, 22 January 2013

[GAMBAR] NGERI PISAU TERTUSUK DI MATA SEORANG WANITA AKIBAT BERGADUH


7

Mengikut cerita, berlaku pergaduhan antara saudara mara dan berakhir dengan pisau terbenam di mata wanita ini. Kini, mangsa menjalani pembedahan dan hidupnya tidak berada dalam bahaya, serta menurut doktor, kemungkinan besar mereka akan dapat untuk menyelamatkan mata wanita ini.

215910

215910

215911

215912

215913

6

Saturday, 19 January 2013

Anak Kambing jadi mangsa keraksan tentera Syiria [Video]


Rejim tentera Syria yang diketuai oleh Presiden Bashar al-Assad bukan sahaja menjadi kan rakyat negara tersebut sebagai mangsa kekejaman mereka, malah haiwan juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa mereka.

Puak laknat tentera Syria ni memang terkenal dengan kezaliman dan sifat kebinatangannya. Mereka ni bukan sahaja membunuh dan menyiksa umat Islam Sunni di Syria tetapi haiwan yang tidak berdosa itu pun jadi.

 Video:

Sumber: AiyangDisayang

Wednesday, 16 January 2013

Larang Wanita pakai Tshirt dan Seluar Jeans elak jadi "picu" perkosaan.



New Delhi: Demi mencegah tindakaan perkosaan yang tengah marak di India, sebuah desa menerapkan larangan mengenakan t-shirt dan selua jeans bagi wanita. Larangan ini ditentang oleh remaja perempuan, sementara orang tua seratus peratus menyokong.


Diberitakan Daily Mail, larangan tersebut dikuatkusakan di desa Khedar, wilayah Hisar di sebelah barat laut India minggu ini. Selain dilarang memakai jeans dan t-shirt, pemuda juga dilarang berpesta yang menampilkan DJ dan minuman beralkohol. Jika dilanggar, akan didenda hingga 11,000 rupee atau kira-kira RM700. Pemimpin desa itu mengatakan, larangan ini diterapkan demi mencegah aksi kekerasan dan perkosaan terhadap wanita.”Kami memutuskan melarang alkohol yang menjadi pemicu perkosaan. Kami juga melarang jeans dan t-shirt bagi wanita kerana pakaian itu tidak wajar,” kata kepala desa Khedar, Sarpanch Shamser Singh, kepada Times of India.

Peraturan baru ini mendapatkan penentangan dari pemuda dan pemudi desa, walaupun ramai mengaku senang ada larangan tersebut. “Keputusan ini sangat bagus dan mencegah pelecehan terhadap wanita. Pakaian yang buruk adalah penyebab utama perkosaan,” kata seorang sepuh, Shanti Devi. Isu perkosaan tengah menimbulkan ketegangan di India.

Seorang mahasiswi di India terkorban di hospital Singapura setelah menjalani perawatan atas luka-luka yang dialaminya. Bersama teman lelakinya, wanita itu diperkosa dan disiksa beramai-ramai di dalam bas dan dilemparkan ke luar. Kes ini memicu demonstrasi besar di India terhadap lemahnya keadilan dan buruknya pelayanan polis. Seorang polis terkorban dalam demonstrasi yang berlangsung ricuh di New Delhi.




Demo massa menentang perkosaan di India pada hari pengadilan kelima pemerkosa sadis (REUTERS/Adnan Abidi/Files)

Lima tertduh kini tengah menjalani proses pengadilan yang dilangsungkan secara tertutup. Sementara itu, tunjuk perasaan menuntut hukuman mati bagi pelaku terus tersebar di seluruh India.

sumber.

Sunday, 13 January 2013

Gempar : Hilang nilai kemanusian, Mak sanggup jual anak. #News


Bukan benda baru, Kes sebegini memang banyak berlaku tetapi dengan pelbagai taktik/modus operandi bagi mengelirukan masyarakat dan pihak berkuasa. 


Jual anak gadis RM200

Bangkok: Seorang ibu di Lop Buri memaksa anaknya berusia 13 tahun untuk berkahwin dengan lelaki berumur 34 tahun selepas dia menerima bayaran mas kahwin sebanyak 2,000 baht (RM200).
Yayasan Pavena untuk Wanita dan Kanak-Kanak semalam berkata, gadis bawah umur itu memberitahu kakitangannya, lelaki terbabit datang ke rumahnya untuk minum bersama-sama ibu bapanya Selasa lalu.
Dia kemudian memasuki biliknya lalu memeluknya ketika dia tidur. Lelaki itu bagaimanapun melarikan diri selepas dia menjerit.
Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke biliknya dan memaksanya mengadakan seks.
Apabila dia memaklumkan perkara itu kepada ibubapanya, mereka meminta lelaki itu membayar RM200 untuk menjadikan gadis itu isterinya.
Menurut yayasan itu, polis menyerbu rumah gadis berkenaan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kejadian itu. - AP
sumber : mymetro

Friday, 11 January 2013

serius !!! Universiti khas untuk "pondan" di Thailand.



Thailand boleh dikatakan telah menjadi syurganya pondan. Tak hanya dikuatkuasakan dengan layak, pondan disana juga di tidak terlalu mengalami diskriminasi yang berlebihan. Tak hanya itu, Thailand juga telah mempunyai kampus yang khusus untuk para pondan. OMG!!

kampus tersebut adalah Suan Dusit University. Kampus yang terletak dibangkok ini menerima dan melayan pondan selayaknya sebuah kampus melayan pelajar normal. 

Didalam kampus ini anda akan menemui pondan manis dengan pakaian seragam yang lucu.
Nah, kali saja ada pondan di Malaysia yang mahu kuliah tanpa perlu memperkenalkan jati dirinya. Kalo emang ada, langsung aja daftar ya di kampus khusus pondan ini.





Universiti Pondan ditubuhkan Di Thailand


Universiti Pondan ditubuhkan Di Thailand

SUMBER.

Wednesday, 2 January 2013

Gempar !!!! Ada Sekolah Untuk Menjadi Nabi Di Israel .Sumber



Golongan nabi-nabi seperti yang kita tahu merupakan golongan insan terpilih yang dipilih oleh Allah s.w.t..Namun, di Israel, terdapat sebuah institusi pendidikan di mana selepas para pelajarnya menamatkan pengajian, mereka akan ditauliahkan dengan gelaran "Nabi"..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni.. 



Di Israel, terdapat institusi pengajian di mana lulusannya 

bakal mendapat gelaran 'nabi'. 

Sekolah bernama 'Cain and Abel School for Prophet' itu menawarkan biayaan sebanyak 200 shekel bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki gelaran nabi. Apa yang gilanya, untuk mendapatkan gelaran Nabi, para pelajar hanya perlu mengikuti 40 kelas singkat. 

Sekolah tersebut akan memberikan sijil kepada sesiapap yang dinyatakan lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat. Siswa-siswa di sekolah tersebut dibenarkan masuk ke kelas dengan hanya mengenakan baju biasa, menggunakan gadget semasa proses pembelajaran, bahkan ada yang membawa gitar masuk ke dalam kelas. Terdapat juga siswa yang tak segan keluar dari kelas untuk merokok. 

Di sekolah ini, para siswa akan belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku eksternal dan penampilan.  

Satu-satunya guru sekolah itu, Shmuel Hapartzy percaya, Messiah (Nabi Isa) telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu disiapkan untuk menyambut nabi baru. Anehnya, Hapartzy mengaku tidak menjamin belajar di sekolah tersebut boleh membuatkan murid-muridnya boleh berinteraksi secara langsung dengan Tuhan. 

Hapartzy menjelaskan kurikulum yang dipakai di sekolah tersebut mengikuti sifat-sifat seorang nabi. Sehingga, jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi. 

"Di masa lalu terdapat golongan nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu," kata Hapartzy, seperti dilapor oleh AP. Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenali sebagai tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari yuran kemasukan para murid-murid sekolah nabi.






Sumber sochai

Video:
 


Thursday, 27 December 2012

"tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian"


percintaan dua darjat

BRASILIA – Walaupun memiliki ketinggian luar biasa, ia tidak menghalang Elisany da Cruz Silva menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk menjalinkan percintaan dengan lelaki pilihan.

Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah. Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22.

Berasal dari Salinopolis, ketinggian Elisany meningkat ketara akibat ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran.

Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini.Menurut Elisany, dia terpikat kepada Carvalho kerana pemuda itu memiliki personaliti yang menyenangkan.
Katanya, Carvalho bijak berinteraksi, sama ada dengan orang lain atau dirinya sendiri.

“Satu-satunya aspek yang menjejaskan hubungan kami ialah ketinggian.
“Apabila kami keluar berpegangan tangan, Carvalho kelihatan seolah-olah adik atau anak saya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Elisany, bukan dia yang memilih Carvalho menjadi kekasih, sebaliknya ia berlaku atas kehendak Tuhan. Sementara itu, Carvalho berkata, rakannya tertanya-tanya bagaimana dia memeluk Elisany.

Kata pekerja pembinaan itu, ia tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian.

“Elisany seorang yang jelita walaupun ketinggiannya sangat ketara.

“Saya tiada masalah memiliki kekasih yang sangat tinggi,” katanya. Sementara itu, Elisany berkata, selain bermasalah untuk menaiki bas sekolah, dia berhenti belajar apabila ketinggiannya menjadi bahan ejekan rakan sekelas. Di rumah pula, Elisany mengaku berdepan banyak masalah apabila sering terhantuk kayu siling.
– DM

Wednesday, 26 December 2012

Ngeri !!!! Inilah padahnya jika hendak jadi macam lelaki.


tTerpaksa atau di paksa itulah hakikat yang harus dilalui oleh sebilangan wanita di China jika kejaya sebagai "Bodygurad" di pilih oleh mereka.

wanita boleh melakukan hampir segala-galanya bahawa lelaki tidak, walaupun saya boleh mendapatkan untuk melakukan yang lebih baik. 

Kali ini kita lihat gambar-gambar bagaimana mereka melatih wanita yang mahu menjadi pengawal peribadi, dan meneka apa yang negara adalah latihan yang begitu sukar, kerana jika ia adalah dari China!









P/S : Memang gasak la sapa yang memilih kejaya seperti ini. 



Friday, 21 December 2012

Pengunjung tak sedar, Duduk bersama mayat.



Seorang lelaki tua ditemui mati duduk di atas satu bangku stesen kereta api Shanxi 

Taiyuan. Selepas bedah siasat, orang tua tersebut didapati mati untuk beberapa hari tanpa 

disedari oleh orang sekeliling. Pada 25 November, seorang pelancong yang ingat orang tua 

tersebut tertidur cuba gerakkan dia agar tidak terlepas kereta api terkejut kerana seluruh 

badannya begitu sejuk. Dia kemudian dilaporkan mati oleh pihak medik di sana.


             







Thursday, 20 December 2012

[video] LELAKI SERANG BUDAK DENGAN PARANG KERANA PERCAYA KIAMAT



Detik-detik cemas ini berjaya dirakam dan dihalang oleh orang ramai yang ada dikawasan itu.Gambar-gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang obses dengan khabar angin mengenai Hari Kiamat yang akan berlaku pada hari jumaat ini.Min Yongjun, 36, telah ditangkap dan disyaki mengganggu keselamatan awam serta cuba untuk menikam seramai 23 kanak-kanak Jumaat lepas.Satu kenyataan dari kerajaan daerah Guangshan menunjukkan bahawa Min mungkin telah dipengaruhi oleh perkhabaran Hari Kiamat yang heboh diperkatakan, yang meramalkan pada Jumaat ini. 



Wednesday, 19 December 2012

Berguling Atas "Ludah" Untuk Minta Berkat.


Mempunyai kepercayaan tertentu sememangnya telah menjadi kelaziman dan cara yang tersendiri bagi pengganut setiap agama di dunia ini..Namun, bagi pengganut agama Hindu, ritual yang dikenali sebagai Madey Shana ini mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa bagi mereka yang melihatnya..


Sebuah ritual aneh di India telah membuatkan ribuan orang rela berguling-guling di atas sisa makanan yang dimakan oleh kaum kasta tinggi, Brahmana. 

Ritual yang disebut Madey Snana ini merupakan acara tahunan di kuil berusia 4000 tahun, Kukke Subramanya, di pesisir Mangalore. Selain itu, tradisi berguling-guling di atas sisa ludah para Brahmana juga dilakukan di kuil Sri Krishna di kota Udupi. 

Sayangnya meskipun sudah dilarang, kaum Dalit (kasta terendah) tidak mahu meninggalkan tradisi tersebut begitu saja. Mereka yakin bahawa ritual tersebut dapat memberi berkat.

Setiap tahun pada festival Champa Shasti atau Subramanya Shasti, 25,000 orang akan berguling di atas "ludah" para Brahmana. Tak ada siapa yang berdaya untuk melarang ritual yang kelihatan tidak berperikemanusiaan tersebut. Termasuk golongan pemerintah sekalipun.

"Saya tidak peduli kasta mana yang berguling di atas ludah para Brahmana. Ini adalah ritual yang menjijikkan dan tidak masuk akal," kata Menteri Kesejahteraan Sosial India, A. Narayanaswamy.

Narayanaswamy juga menambah bahawa pemerintah mengecam ritual tidak berperikemanusiaan ini yang masih dilakukan kaum Dalit. Namun apakan daya, segala usaha pemerintah untuk melarang ritual aneh tersebut tidak membuahkan hasil apa-apa. Golongan tersebut tetap percaya kepada mitos berkat di sebalik ritual Snana. 

Sumber:

KK_Setiap agama mempunyai kepercaya masing-masing. Kalau dilihat dari sudut kemanusian memang jelas merendahkan martabat kaum itu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 18 December 2012

Berhijab : Pembaca berita ABC News di Amerika Syarikat.


Noor Tagouri ialah seorang hijabi yang berasal dari Maryland USA. Remaja berusia 19 tahun ini mencatat sejarah apabila menjadi pembaca berita wanita muslimah pertama di stesen televisyen utama Amerika Syarikat. Beliau bertukas sebagai pembaca berita di ABC 7 News. Tahniah. Hijabis juga boleh world. Anda boleh follow beliau di Twitter @NTagouri ataupun Instagram



Sumber : @ShamHardy for the idea :