Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, 18 October 2014

'The Red Warriors' Menangis #HelangMerah Terbang Tinggi. #PialaMalaysia2014 @ASTROARENA


LINANGAN air mata mengiringi kekecewaan The Red Warriors sebaik sahaja tumbang 0-3 ditangan Kedah pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, minggu lalu.

Tiada lagi kelibat bekas finalis musim lalu itu pada kempen pertandingan piala paling berprestij di negara ini setelah ditunjukkan jalan keluar lebih awal pada pusingan kalah mati oleh skuad Helang Merah menerusi agregat 4-3. 

Kegagalan tersebut nyata sukar diterima penyokong Pahlawan Merah yang sebelum itu begitu yakin pasukan mereka mampu mara kesaingan separuh akhir setelah membawa bekalan dua gol bertandang ke Alor Setar.


SALAH TAKTIKAL

Adakah percaturan strategi silap oleh pengendali Kelantan, George Boateng menjadi punca pasukannya mudah dijinakkan bekas juara Piala Malaysia musim 2008 dalam perlawanan itu ?


Itu menjadi persoalan yang berlegar difikiran penyokong Kelantan ketika barisan pemain
kesayangan mereka sendiri dilihat gagal menyekat kebangkitan dramatik anak buah Tan Cheng Hoe.


Rata-rata penyokong berpendapat, kesilapan taktikal Boateng yang menerapkan corak permainan bertahan, bukan menyerang sebagaimana ditonjolkan pada saingan suku akhir pertama di Kota Bharu menjurus kepada kekalahan tersebut.

KELAS TERSENDIRI

Apa pun telahan ramai, satu perkara yang perlu diakui betapa semangat juang tinggi barisan pemain Kedah meletakkan pasukan mereka dalam kelas tersendiri untuk memenangi aksi timbal balik itu sekali gus berdepan Pahang, malam esok.

Kelantan seharusnya menamatkan aksi 45 minit pertama dengan mengikat seri tanpa jaringan tetapi itu tidak berlaku, sebaliknya kesilapan benteng pertahanan mereka membenarkan gol semangat Muhammad Hanif Mat Dzahir tercipta pada minit ke-42.

Apa lagi yang Kelantan mahu lakukan, tatkala jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-53 sudah pun memadai apabila tuan rumah berada dalam kedudukan selesa menerusi peraturan gol di tempat lawan ketika itu.

Detik hitam menjelma pertengahan babak kedua buat Kelantan, apabila Ahmad Fakri Saarani pula diperintahkan keluar padang dan tiada siapa yang boleh menghalang Kedah merai jaringan Muhammad Syafiq Ahmad lewat permainan ketika pelawat beraksi dengan kekurangan seorang pemain.

www.Kelate.Net



Jangan lupa saksikan perlwanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 Kedah melawan Pahang di Stadium Darul Aman malam esok !! #PulunKedahPulun

Saturday, 24 May 2014

Gempar !! @Kharykj Merayu Kepada @astro ? Mengapa plak ni " @ASTROARENA #PialaThomas


Apakah benar semua ini... Seorang menteri Belia dan masih bertenaga berbuat demiakian. Sudah dalam isu "celaka" KJ dikhabarkan memohon maaf kepada si Rayes lahanat tu... sedang jawatan politik beliau adalah Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia seharusnya tegas dan berani tampil kehadapan...

Bebalik kepada "Rayuan" sebanar KJ selaku Menteri Belia Dan Sukan merayu kat Astro uuntuk memberi peluan seluruh rakyat Malaysia yang tak melanggang Astro dapat menonto Pelawanan akhir Piala Thomas, melalui RTM. Maklumlah nak langgang Astro berapa ramai rakyat Malaysia yang mapukan....

Tahniah.. YB kerana Faham denyut Nadi Rakyat...


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, membuat rayuan terbuka melalui laman sosial Facebook beliau supaya perlawanan final Piala Thomas dapat disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sunday, 2 March 2014

Kawalan Longgar !! Perlawanan #MASvsFILIPINA Di Cemari Insiden Nyalaan Suar !! #FAM @Khairykj @ASTROARENA


Ultras Malaya menyalakan suar menyebabkan permainan terpaksa dihentikan seketika pada perlawanan persahabatan diantara Malaysia menentang Filipina di Stadium Selayang. Malaysia dan Filipina terikat seri tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dekat sini malam Sabtu.


Barisan Pemain:

MALAYSIA: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mahalli Jasuli, Amiridzwan Taj Tajudin (Mohd Asraruddin Putra Omar), Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (Kapten) (Mohamad Fadhli Mohd Shas), Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Nazrin Mohd Nawi (S. Kunalan), Safiq Rahim, Mohd Hafiz Kamal (Mohd Badhri Mohd Radzi), Mohd Safee Mohd Sali (Ahmad Fakri Saarani), Bobby Gonzales (Baddrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah.
FILIPINA: Patrick Phillip Deyto, Robert James Gier (kapten)(Anton Edward Del Rosario), Juan Luis Guirado, Misagh Bahadoran (Jose Elmer Porteria), Philip James Younghusband (Kenshiro Michael Daniels), Ruben Doctora Jr (Patrick Reichelt), Christopher Robert Greatwich (Jason Nicolas Maria De Jong), Mark Andrew Hartmann, Jeffrey Christiaens, Martin Markus Steuble (Marwin Janver Angeles), Simone Rota. 


Monday, 24 February 2014

GEMPAR !! Sek. Keb. Syed Sheh Kupang, JOHAN Bola Sepak Zon Kuala Pegang. #HanyaDiKedah @UMonline


Pasukan Bola Sepak SKSS menepati ramalan untuk mewakili Zon Kuala Pegang ke peringkat Daerah.

Pada perlawanan peringkat kumpulan yang berlansung di Padang Sekolah Kebangsaan Syed Sheh Kupang sebagai tuan rumah, Pasukan “the legend” SKSS berjaya mengembalikan kegemilangan bola sepak sekolah ini pada era 80 an. Pada perlawanan yang berlasung petang tadi pasukan SKSS Berjaya menewaskan Sek. Keb. Iboi dengan jaringan 2 gol berbalas 1 di hadapan hampir 500 orang penyokong kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan penuh dramatik dan aksi tangkas kedua-dua pasukan di sini, kejayaan pada perinkat kumpulan ini, ternyata satu suntikan yang amat besar buat pasukan SKSS, memandangkan pasukan SKSS pada 2 tahun lepas agak kemarau kejuaraan. Turun selaku pasukan bukan pilihan selepas menjuarai peringkat kelompok.


“Melangkah ke perlawanan akhir dan menjadi JOHAN Zon Kuala Pegang sudah cukup bermakna buat kami, justeru apa yang lebih penting ialah, terus mengekalkan momentum permainan dan pada masa sama mencuri peluang untuk menjaringkan sebanyak mungkin gol. Ujar Cikgu Iskandar.



“Apa yang penting ialah, saya mengharapkan semua pemain memberikan 150% tumpuan pada aksi seterusnya, selain mengurangkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan pada perlawanan sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui.


Cg Iskandar juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua waris serta penyokong SKSS yang begitu “sporting” dan memberikan kerjasama yang baik. Saya juga mengharapkan sokongan ini beterusan dan kerjasama Ibubapa akan membantu meningkatkan “motivasi” pelajar untuk terus Berjaya dalam bidang sukan dan juga Pelajaran.

SKSS PASTI JUARA !!! TAHNIAH GURU & IBUBAPA

Maaf Kualiti gambar kurang baik












Wednesday, 19 February 2014

Penyokong Kedah Yang Berang Dengan Keputusan Pengadil.? Jangan Kena "booo" sudah !! #PIALAFA2014 #KDHvsJDT #ThisIsDarulaman





ALOR SETAR 18 Februari 2014 – Polis DiRaja Malaysia berjaya menyuraikan segelintir penyokong Kedah yang berang dengan keputusan pengadil semasa perlawanan di antara Kedah vs Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Darul Aman Alor Setar sebentar tadi.JDT menang dengan keputusan 2-0 dan layak ke peringkat separuh akhir Piala FA dengan argegat 5-1.


Haaa.. kat bawah antara gambar-gambar yang sahabat upload kat FB n yang mana KK nampak melintas di Timeline kk COPY" Jer...... jom tengok kot ada gamabar korang...

Koleksi gambar FB





































Monday, 17 February 2014

Video #PIALAFA2014 : @MukhrizMahathir JULANG semangat juang Pemain dan Penyokong !! #KEDAHVSJDTFC #ThisIsDarulaman @ASTROARENA


Perlawanan suku akhir 2 pasti menjadi taruhan. Agregat 1-3 yang perlu dipadamkan oleh Kedah di Stadium Darul Aman 18 Februari ini.

Status Baddrol Bakhtiar dan Shazwan Zainon selepas menerima kad merah di atas 2 kesalahan kad kuning menjadi tanda tanya peminat hijaukuning sama ada mereka dapat beraksi untuk Suku Akhir ke-2 ini. Penyokong dan peminat Skuad Hijau Kuning perlulah memenuhi Stadium, Sokong anda amat penting buat pasukan untuk mengurangkan defisit jaringan dan seterus melayakkan pasukan keperingkat seterusnya. Ini amanat MB selaku peneraju Pasukan...



FAM telah mengesahkan kedua-dua pemain hijaukuning tersebut akan menjalani penggantungan 1 perlawanan yang melibatkan perlawanan Liga Premier Jumaat ini menentang Negeri Sembilan.

Ini bermakna, Baddrol dan Shazwan disahkan dapat beraksi untuk Suku Akhir ke-2 Selasa depan menentang JDT FC di Stadium Darul Aman. KFA FB

Satu berita gembira buat pasukan Kedah tetapi post mortem yang teliti perlu dilakukan bagi mengukuhkan taktikal pasukan bagi mengatasi defiisit 2 gol ketika ini.

Piala FA | Suku Akhir 2
KEDAH vs JDT FC
18.2.2014 Selasa 8.45 malam
Stadium Darul Aman

Friday, 14 February 2014

TERKINI !! Baddrol Bakhtiar Disambar Untuk Beraksi Bersama #HarimauMalaya . #ThisIsDarulaman @ASTROARENA

Baddrol Bakhtiar mahu balas kepercayaan jurulatih 


Tahniah Baddrol Bakhtiar yang dipanggil semula ke kem Harimau Malaya untuk menjalani latihan dan pemilihan dan akan mula melapor diri pada 19 Februari ini di Wisma FAM.

Baddrol Bakhtiar kini mula mendapat kepercayaan Datuk Ong Kim Swee dalam era kejurulatihan baru Skuad Harimau Malaya.

SEDANG BERLANSUNG SEKARANG.....!!!!


Setelah 2 aksi Liga Premier #3 dan #4 ditangguh bagi memberi laluan kepada program anjuran kerajaan negeri Kedah dan Piala FA, skuad Kedah kembali dengan aksi liga premier untuk terus memburu matlamat ke Liga Super 2015.

LIGA PREMIER 2014 | Match #5
KEDAH vs NEGERI SEMBILAN
14.2.2013 Jumaat 8.45 malam
Stadium Darul Aman

Tuesday, 11 February 2014

Stadium Larkin Aman : Pastikan #KEDAH Kembali Bangkit Di #PIALAFA2014 #ThisIsDarulaman @ASTROARENA


Kepada penyokong Helang Merah..Kita jangan kecewa dan gusar dengan keputusan perlawanan malam ni. Biarpun tewas kita pasti kembali melawan pada pusingan kedua di Stadium keramat kita. Masih Ada lagi baki 90 minit perlawanan. Piala FA adalah bonus kepada Kedah yang pasti ialah matlamat melayakan kita bermain di Liga Super adalah matlamat Kedah.


Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali membuat libasan ke gawang sambil dihalang pemain Kedah dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini. JDT tewaskan Kedah 3-1. – BH
Ramai yang Kritik MUTU pengadilan pada malam ini ?

Berikut keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala FA yang berlangsung hari ini:
Johor Darul Ta'zim 3 Kedah 1 
Kelantan 3 Selangor PKNS FC 2 
Polis 1 Pahang 1
Felda United FC 0 Sarawak 0

- BERNAMA


TERKINI !! Saksikan Live : PIALA FA 2014 | Suku Akhir 1 | #JDTVSKEDAH.


KLIK LINK : PIALA FA 2014 | Suku Akhir 1 | JDT FC vs KEDAH
http://www.youtube.com/user/KFATV2?feature=watch

Ujian sebenar skuad hijaukuning menentang pasukan pilihan JDT FC. Tumpuan semua peminat bolasepak, pasti bekal di tempat lawan amat penting buat pasukan Kedah.

Monday, 10 February 2014

VIDEO PRA #JDTVSKEDAH : APA KATA JURULATIH PASUKAN #HELANGMERAH . @ASTROARENA @BeritaSukan


Photo: BOLASEPAK ADALAH PERPADUAN! BAHKAN DALAM SATU KELUARGA!

Di Malaysia, adalah perkara biasa bila orang Kedah dan Johor bersatu. Harmoni dirumah dan harmoni di stadium.

Mencintai bolasepak mengeratkan lagi kekeluargaan dan bukan perpecahan.

MY GAME IS FAIR PLAY. WIN OR LOSE DO IT FAIRLY.

Foto: Chik Li

Menjelang pertemuan sengit serta penuh beremosi Pasukan Harimau selatan bakal bertempur dengan Helang Merah. Stadium Larkin bakal menjadi saksi, tuan rumah sedia menunggu pasukan hijaukuning esok.


DAVID MITCHELL berkongsi pendapat mengenai perlawanan tumpuan Selasa ini. Sebagai pasukan bukan pilihan beliau menyifatkan Kedah perlu menumpukan kempen Liga Premier untuk kembali ke Liga Super dan apa yang berlaku dalam Piala FA adalah bonus buat pasukan.



Sunday, 9 February 2014

VIDEO AMUKAN PENYOKONG : KFA GESA PBNJ TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN #JDTVSKDH . @KhairyKj @ASTROARENA @BeritaSukan


Adalah diingatkan kepada para penyokong serta peminat bola sepak tempatan. Sukan adalah salah satu cara untuk menjalinkan perpaduan diantara rakyat. Jangan ianya dijadikan medan untuk berbalah sesama sendiri. - Berita Pahang




KFA GESA PBNJ TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN

JITRA, 8 Feb: Persatuan Bolasepak Kedah, KFA meminta Persatuan Bolasepak Negeri Johor, PBNJ meningkatkan kawalan keselamatan di Stadium Larkin pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara skuad Helang Merah menentang JDT di gelanggang itu, Selasa ini.

Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar berkata, aspek keselamatan perlu diberi perhatian yang sewajarnya baik didalam mahupun di luar stadium.

Beliau berkata, KFA mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada PBNJ bagi memastikan aspek keselamatan pemain dan pegawai serta penyokong Kedah terjamin.

”saya yakin peringkat suku akhir ini merupakan peringkat yang penting dan ianya sudah tentu pemain akan bermain mati-matian bagi membantu kemenangan pasukan masing-masing begitu juga dengan sokongan peminat.”

”Kita juga memohon kepada pihak polis untuk memberi kerjasama yang terbaiklah kepada peminat sama ada peminat Johor atau peminat Kedah yang akan bertandang ke Johor Bahru nanti.” Katanya kepada Berita RTM Kedah di Jitra, malam tadi.

Sementara itu, mengulas perlawanan tersebut, Aminuddin berkata, JDT bukanlah sebuah pasukan yang lemah kerana mempunyai barisan pemain berstatus bintang dan berpengalaman.

Namun katanya, Kedah juga telah melakukan persiapan yang rapi dan bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi perlawanan itu.

”Kita tidak bimbang untuk berjumpa dengan mana-mana pasukan sekalipun, yang penting pada saya pemain perlu memberi fokus apa yang telah diarahkan oleh Ketua Jurulatih dan bermain untuk mencapai kemenangan pada perlawanan itu..”katanya.-Berita RTM Kedah.

Sumber: Berita RTM Kedah