Thursday, 29 December 2011

Awal persekolahan.....

Dunia Baru bagiku...



Kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan Tahun Satu dilaporkan banyak berhadapan dengan tekanan atau ketakutan. Walaupun ia sesuatu yang normal, adalah disarankan supaya ibu bapa mendekatkan kanak-kanak dengan persekitaran sekolah supaya ketakutan itu tidak lama, berpanjangan mahupun memberi impak terhadap akademik.
Kegembiran  kawan baru Murid 
 SK. Syed Sheh Kupang.



Murid Tahun 1 SKSS Kupang
"Apa yang penting, jangan takutkan anak-anak terlalu awal mengenai zaman persekolahan tetapi, dedahkan secara berperingkat pada usia yang betul. Biar mereka didedah dengan persekitaran sekolah, melihat kanak-kanak lain ke sekolah dan bekalkan peralatan sekolah untuk menyedarkan kini tiba giliran mereka pula ke sekolah.

Disiplin Pekara utama.

Mungkin pada hari-hari permulaan, ibu atau bapa perlu memberi sedikit ruang dan masa. Tetapi jangan sekali-kala memanjakan anak sehingga anda memaksa diri untuk tinggal di sekolah sepanjang waktu persekolahan untuk tempoh lama, sambil mengakui ada ibu bapa yang terpaksa 'berkampung' di sekolah selama lebih sebulan.
 ibu bapa boleh memberi ganjaran, jika anak bangun awal. Bukan merasuah atau tawaran tetapi, ganjaran dan ia dilakukan hanya selepas kanak-kanak itu berjaya melakukan. Mengalakkan ganjaran untuk apa jua kelakuan positif kanak-kanak.
Gugup dan gementar.....
Latihan untuk bangun awal boleh dilakukan apabila ibu bapa bersama-sama terlibat untuk tidur dan bangun awal. Bagi ibu bapa pertama kali mempunyai anak melangkah ke Tahun Satu ialah untuk memastikan anak-anak diberi pemakanan yang sihat sama ada sebelum pergi ke sekolah, bekalan makanan pada waktu rehat dan sepanjang hari. Katanya, diet sihat adalah antara elemen yang paling penting diberi keutamaan.

Sumber Kosmo online.. Gambar EHSAN SEK. KEB. SYED SHEH, KUPANG.


....SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012...


" PERPECAHAN YANG MELEMAHKAN UMAT SAMA ADA KERANA IDEOLOGI SIASAH ATAU KERANA LAIN-LAIN KECENDERUNGAN BUDAYA DAN KELAINAN PENDAPAT PERLU DITANGANI DENGAN MENGAMALKAN BUDAYA BERADAB DALAM PERBEZAAN PENDAPAT" -Ibnu Klaldun- tokoh ilmuan islam


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat

Wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat

Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan

Ulama' warisan anbiya'
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari


UNIQ - Menuju Wawasan.

Saturday, 24 December 2011

Kejohanan Bowling (tertutup)Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Baling 


23hb 3ptg-10mlm Kejohanan Bowling (tertutup)Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Baling melibatkan seramai 208 KETUA2 PEMUDA CAWANGAN parlimen baling,jemputan AJK UMNO BHG,WANITA,PUTERI DAN MEDIA.selain hadiah untuk pemenang..hadiah menarik juga disediakan untuk jatuhan ping yang terendah.n pasukan jemputan yang terdiri dari kalangan media cetak antaranya, UTUSAN,HARIAN METRO, SINAR DAN NSTP. Pertandingan di adakan di Pusat Bowling Pengkalan Hulu Perak. tahniah.......untuk semua yang terlibat.
KPU En. Khairul (biru)


sesi pendaftaran

johan

naib johan

saguhati

saguhati

saguhati

pemenang jatuhan ping terendah

hahh......

wakil media dari sinar harian

wakil dari Harian Metro