Wednesday, 25 January 2012

Pemuda PAS Baling Mengamuk! Taib Azamudden Ketaq Lutut



Terdapat satu masalah di Baling, Kedah iaitu dikatakan ahli parlimen mereka tidak pernah turun padang bertemu dan mendengar luahan penduduka kampung. Mati kita lihat benar atau tidak?.
Menurut petikan artikel blog Arif Omar : :

SELEPAS pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung.

Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini? 

 
saksikan 

Video Panas!!!! Pemuda Mengamuk Kejadian ini berlaku di satu kawasan Dun Kupang,Baling apabila Tugu lambang PAS cap tayar trektor di hancurkan pemuda-pemuda kampung berkenaan.Kejadian ini berlaku kerana ketidak puasan hati pemuda-pemuda kampung di satu kawasan Dun Kupang dengan PAS kerana gagal menepati janji..kejadian ini berlaku betul-betul di hadapan satu markas PAS di Dun Kupang.


SUMBER : KERIS 7 LOK

No comments:

Post a Comment