Wednesday, 11 January 2012

PONDOK KAYU JADI KEDIAMAN



P/s- Masih lagi rumah kayu di Baling, Bukan nak mengata, tetapi ingin bertanya dimanakah konsep negara berkebajikan.

SUBER BERITA :- Mohd Rizal Abdullah http://balingtoday.wordpress.com/y
BALING- Berikutan kesempitan hidup, sebuah keluarga di Kampung Tulangbok, Baling terpaksa menjadikan pondok kayu sebagai kediaman mereka sejak tiga tahun lalu.
pondok
Pondok yang berlantaikan batang pinang dan kayu hutan ini dihuni oleh lima anak beranak yang terpaksa akur dengan kesimpitan hidup yang dilalui mereka.
Hasil perkahwinan Mohd Nazri Talib,34, dan Isterinya Che Som Yusof,24, mereka dikurniakan dua orang anak yang masih kecil iaitu Mohd Safi,3, dan Mohd Sykuri yang baru berusia sembila bulan.
Mohd Nazri berkata, walaupun keadaan rumahnya tidak begitu sempurna berbanding  rumah orang lain, dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai kediaman untuk berteduh dari hujan dan panas.
Ishak Mat(kiri) meninjau keadaan rumah Mohd Nazri(kanan) yang bersama isteri dan anak-anaknya
“Biarlah apa yang orang kata. Selagi rumah ini mampu menampung kami sekeluarga, selagi itulah kami akan menetap di sini. Setakat ini, hanya kayu hutan dan batang pinang yang mampu diidirikan.
“Memang la teringin nak tinggal di dalam rumah yang lebih selesa, namun, hanya ini yang termampu. Jadi, saya redha dengan segala apa yang terjadi. Saya bersyukur kerana walaupun hidup dalam rumah yang boleh dianggap pondok ini, saya masih lagi
Mohd Nazri yang hanya bekerja kampung merupakan seorang Orang Kurang Upaya(OKU) berikutan terlibat dalam kemalangan di tempat kerja beberapa tahun lalu.
Berikutan itu tangan kirinya mengalami kecacatan seterusnya melayakkannya menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) sebanyak RM 300 sebulan.
“Alhamdulillah, dengan bantuan ini, dapat juga meringankan beban saya terutama untuk membesarkan anak-anak. Dulu, saya kerja kilang di Perai, Pulau Pinang.
“Selepas kemalangan tersebut, saya tidak dapat meneruskan pekerjaan lagi dan hanya menumpukan kepada kerja kampung iaitu menoreh dan juga bercucuk tanam,” katanya.
Menurutnya, walaupun terpaksa berhadapan dengan kesempitan hidup, dia tetap berazam untuk memastikan anak-anaknya tidak mewarisi kemiskinan yang dilaluinya.
“Saya akan pastikan anak-anak ,mendapat didikan yang sempurna walaupun terpaksa mengerah keringat dari pagi sampai ke malam. Saya nak lihat anak-anak saya  berjaya dan mengubah kehidupan ini,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat berkata, pihaknya akan cuba membantu keluarga Mohd Nazri mendapatkan sebuah rumah baru di bawah peruntukkan Yayasan Pembagunan Rakyat Baling ataupun agensi lain.
“Kita amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini dan saya berharap mereka dapat bersabar dalam menempuh segala dugaan. Insyallah, kita akan membatu sedaya yang mungkin untuk keluarga ini,” katanya ketika melawat keluarga Mohd Nazri baru-baru ini.
SUBER BERITA :- Mohd Rizal Abdullah http://balingtoday.wordpress.com/y

No comments:

Post a Comment