"Yakinlah kepada BN sebab banyak lagi yang kita hendak buat sebenarnya. Tiga tahun ini cuma permulaan sahaja, ia sekadar perubahan awalan sahaja. Tiga tahun ini peringkat permulaan dalam perjalanan transformasi besar jika BN terus memerintah," jelasnya.
Tambahnya, BN juga mempunyai banyak idea pembangunan kepada negara, khususnya Kedah. BN akan membawa perubahan kepada rakyatnya dan anjakan politik pada pilihan raya akan datang.
"Oleh itu, rapatkan barisan kita, kalau kita nak menang, kita mesti bersatu, bersatu depan pemimpin dan bersatu belakang pemimpin, jangan depan lain belakang lain, insya-Allah kita kembalikan Kedah ke tangan BN dan sekarang kita sedang uruskan manifesto untuk Kedah dan negara," katanya.
"Kita bukan nak kemenangan sipi-sipi, kita nak kemenangan yang besar untuk kejayaan negara," katanya.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment