Monday, 11 June 2012

TEKANAN HIDUP HANTUI BAPA JAGUH BADMINTON NEGARA



Al Kisah berlaku di negeri pentadbiran Khalifah Gunag Eng, Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.



Mungkin tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat negeri P. Pinang semenjak DAP memerintah.... Pesoalan yang mungkin bermain di pikiran setiap dari penduduknya.......

No comments:

Post a Comment