Terbaru di sebuah majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Ampangan, Negeri Sembilan, Abby dilaporkan telah mengeluarkan fatwa terbarunya lagi berkenaan aurat dan syarat-syarat menjadi wali pernikahan.
Kata Abby…
“Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat.
“Macam itu juga dengan lelaki. Kalau tiga kali dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan,”
Saya tertanya-tanya, dari manakah Abby dapatkan fatwa sebegitu “hebat”? Sejauh manakah ilmu Abby berkenaan syarat-syarat untuk menjadi wali pernikahan umat Islam?
Ustaz Fathul Bari Sekolahkan Abby Abadi
Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta pihak-pihak yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum itu.
Seterusnya kata beliau, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.
“Wali sebenarnya bukan dilantik oleh manusia tetapi ia pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
“Kesimpulannya, tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek) tidak boleh menjadi wali,” kata Ustaz Fathul di sini hari ini.
Kata Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian anggota badan. Namun, beliau menegaskan, setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga wali. “
Setiap anak Adam itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kalau melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, jadi tak layaklah menjadi wali? Macam mana kalau dia bertaubat?
Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T. “Kesimpulannya, seseorang lelaki itu boleh jadi wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam dan tidak ada kekhilafan,” katanya.
Justeru itu, Ustaz Fathul juga menasihati orang ramai untuk melakukan kajian dan berhati-hati ketika berbicara mengenai dosa atau pun memberikan hujah mengenai ilmu Islam. “Minta berhati-hati dalam mengulas isu ini. Kita boleh dapatkan pendapat dari golongan ilmuan dan ulamak yang arif supaya tidak tersalah cakap,” tambahnya_MPP
“Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat.
“Macam itu juga dengan lelaki. Kalau tiga kali dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan,”
No comments:
Post a Comment