Akhirnya episod hitam bermula pada piala AFF suzuki 2012, pada perlawanan pertama kumpulan B Malaysia ditewaskan oleh corak permain pantas Singapura 3 gol berbalas 0 Malaysia.
Di lihat jelas jentera tengah Malaysia tidak benafas. Serta hasil kealpaan pertahanan serta kesilapan Penjaga gol. Akibatnya Malaysia ketinggalan 2 gol kepada Singapura. Hasil jaringan Shahril Ishak.
Pada separuh masa kedua pasukan Malaysia memasukan pemain simpanan untuk mengubah corak permainan. Namun gagal untuk menghasilkan jaringan. Malah pemain gantian Singapura Duric berjaya menambah duka Harimau Malaya dengan jaringan ke 3.
Juara bertahan Malaysia kalah 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment