Penentangan dan gerakan yang mahu melihat karear politik AZIZAN RAZAK selaku Menteri Besar Kedah dan juga Pesuruhjaya PAS negeri kedah suda sampai kekemuncaknya. Mungkin semua sudah sedia maklum, siapa dalang disebalik gerakan ini....
|
Sebahagian ahli PAS mengadakan demonstrasi mendesak Azizan melepaskan jawatan di Markas PAS, Kota Sarang Semut, dekat Yan, semalam. BH
11 kawasan desak Menteri Besar lepas jawatan kerajaan, parti
|
Yan: Kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi dipertikaikan, kali ini membabitkan ahli 11 daripada 15 PAS kawasan mahu beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS negeri.
Desakan disuarakan oleh kira-kira 50 ahli PAS yang sebahagian besarnya Ketua Unit Peti Undi (UPU) kerana mendakwa Azizan gagal mentadbir dan menyelesaikan kemelut dalam demonstrasi aman ketika mesyuarat khas Dewan Ulama PAS negeri, di Markas PAS di Kota Sarang Semut, dekat sini semalam. Kumpulan itu mendakwa mereka ahli dari 11 kawasan PAS, terutama Jerai dan Jerlun.
Tolak kepimpinan Azizan
Seorang daripada mereka Asri Ahmad, yang juta Ketua UPU cawangan Megat Dewa di Jerlun, mendakwa sekurang-kurangnya separuh daripada penyokong PAS di Kedah menolak kepimpinan Azizan
.
Apa-apapun kali ini tamparan hebat buat Azizan Razak bagi menghadapi kehadiran PRU13 ini. Pasti musuh yang paling hebat bukanya datang dari pihak UMNO/BN tetapi dari Kem PAS itu sendiri. Sekiranya Azizan Razak tidak dapat mengenali "musuh dalam selimut" yang selama ini mengatur serta menyusun pelbagai strategik yang boleh menumbangkan parti itu sendiri.
Gerakan "menjatuhkan" Azizan Razak memang sudah di rancang... Korang mesti dapat agak kan siapa "mastermine" tu...... sebelum ini pun "dia" pernah berperang dengan Azizan Razak.
phratolrozi
ReplyDeleteDah jadi amalan geng anwarinas untuk jatuhkan geng ulamak. tapi dlm hal ini agak menyedihka bila dewan ulamak sendiri yang menjadi moderator. Haji Hadi dan mat sabu apa lagi.. suka lah sebab mereka penyokong aljubbb.
ReplyDelete