Monday, 18 February 2013

[Video] Kejam : Pembantu Rumah Dera Serta Lambung Bayi Berusia 4 Bulan Hingga Jatuh.




Kejam : Video Pembantu Rumah Dera Serta Lambung Bayi Berusia 4 Bulan Hingga Jatuh Di Kuantan | Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.

Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.

“Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

“Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.-mstar



2 comments:

  1. bela la lagi mat / minah indon......menyemak bumi Malaysia...my country (tanahairku)....pecah rumah/samun malam hari ...puak barua nie la

    ReplyDelete
  2. Haaa....apalagi kita tunggu, buatlah ganyang indonesia lak,tuhari habis kedutaan malaysia di baling tahi,takkan kita nak tengok jer...
    tapi rakyat malaysia guna akal bukan perasaan,takder pun rusuhan kat kedutaan indonesia,malah banyak pekerja indonesia yg masih bekerja secara aman,itulah beza nya...cuba pikir pikirkan...

    ReplyDelete