(Kisah Benar)
Kisah
ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam
di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital
Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang
sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap
serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang
penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan
hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal
20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi
sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh,
namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya
terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti
membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah
semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna.
Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi
hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung
memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala
saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa
wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung
tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu
lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di
bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak
lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju
kurung.
Ustaz," kata wanita
itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya
tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan
dengan lembut.
Walaupun hati saya ada
sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah
tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya
"Betulkah ini mayat
anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik
lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah
berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup
kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa
wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
"Mak cik, ceritakanlah
kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi
hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis
teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti
menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya
tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian,
barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia
berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika
dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun
dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..."
tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun
sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah
dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan
supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak
cik kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan
saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak
sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang
berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan
dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan
perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan
pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan,
mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya
kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas
keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak
untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang
diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham
yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri,
saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital
seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga
encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan
Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana
pula?" katanya.
Saya ceritakan tentang
wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta
pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah
emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku,
tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui
saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita itu
dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan
untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan
wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih
setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah
hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang
satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000
tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat
bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?
Ingatlah..azab meninggalkan
solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan
dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari
cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. - sumber
No comments:
Post a Comment