Ternyata tidak semua yang hadir menyaksikan persembahan artis Pop Korea Selatan, Psy di Pulau Pinang hari ini menyokong BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Semasa Najib bertanya ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) ” ia dikuti dengan sorakan ‘yes’ di kalangan penonton.
Namun ketika Najib berkata ‘ Are You ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?), penonton beramai-ramai menjawab ‘no’ dengan kuat.
seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini. YANG CUBA MENSABOTAJ MAJLIS BERKENAAN.
“Saya minta agar orang ramai yang hadir supaya memakai baju berwarna kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang,” katanya.
Guan Eng sokong Gangnam
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyokong tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengundang penyanyi popular Korea, Psy untuk menjayakan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN pada 11 Februari nanti.
Menurutnya, beliau sangat gembira dengan berita itu dan menyokong tindakan BN yang disifatkan dapat mengharumkan nama Pulau Pinang di mata dunia.
“Saya bagi pihak kerajaan negeri gembira dengan kedatangan penyanyi Psy yang akan mengadakan persembahan di sini.
“Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatang- an Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang,” katanya kepada media selepas mengagihkan limau mandarin di Pasar Chowrasta Market semalam.
Menurutnya, beliau yakin dengan kedatangan penyanyi rap itu, ia akan membantu industri pelancongan di negeri ini serta menjangka kehadiran orang ramai dari negara jiran ke persembahan berkenaan.
“Saya minta agar orang ramai yang hadir supaya memakai baju berwarna kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada wakil kuil Murugan terbesar yang terletak di Jalan Kebun Bunga untuk kos pembinaan bangunan.
Cek itu diserahkan Guan Eng kepada P Kuvenaraju di pejabatnya semalam.
Setakat ini, kerajaan negeri sudah menyumbang sebanyak RM700,000 (termasuk RM300,000 yang baru diserahkan) kepada kuil berkenaan untuk tujuan kos pembinaan bangunan. sinar
Satu solan yang bodoh di ajukan kepada penduduk Penang. Bukan kah ada pepatah mengatakan , "Dont judge the book by its cover" Ini sama lah keadaan nya daripada kenyataan parti pas, bagi duit ambik, bagi kain pakai, bila undi pangkah pas. Nampak nya najib ni tidak juga smart . Anda tolong lah sebanyak mana pun mereka ni,di panggil tenguk show psy "without payment-free" makan free sapa tak mau. Even iblis dan syaitan pun datang kat majlis agama, tetapi mereka tak tentu akan menyokong ideologi anda. Harap you smarten up lah after this event. Tipu daya mereka di homeground sudah terserlah. Di sebelah utara sana tu , hanya kaum lain lah aje bolih di harapkan, so beri lah tumpuan yang lebih kat mereka. Dah nampak dah indikasi pak najib oi.! Jangan bagi malu muka , nyahkan saja.
ReplyDeleteSaperkara lagi nak di nyatakan kat sini, si barua yang menunjukkan isyarat lucah kat SPB Permaisuri Agung tu macam mana.
DeleteKebiadaban beliau tidak bolih di maafkan begitu saja. Kepanasan meruap sedang di rasai olih setiap penduduk tanah melayu ni sekarang. Senang aje ke mohon maaf , tutup cerita. Pilihanraya nak datang ke, itu lain hal, maruah raja raja, maruah anak anak tanah melayu perlu di lindungi. Masih ramai yang ingat kebangsatan dan kebiadaban wakil wakil daripada parti pembangkang sewaktu pertabalan SPB Yang di Petuan Agung, senyap aje, apa cerita. Tak nak ambik tindakkan kah.? Sebab itu lah kebiadaban ni berlangsungan di jalanan sekarang. Jikalau lah dah tonggak tidak mahu atau pun tidak mampu mempertahankan kedaulatan raja raja , siapa lagi. Jikalau mau undi rakyat , terutama nya anak anak tanah melayu, show you'got the intergrity. Stop playing politics when its involved the constituional monarchies. Drive them hard, we are behind you.
ulasan terbaik...harap adalah pihak yang ambil iktibar ini.
ReplyDelete