Mereka ini Bekas pemimpin tentera terus hina, caci pemimpin negara di atas pentas ceramah. Empat bekas pemimpin tentera yang diperalatkan pakatan pembangkang semakin biadab apabila menggunakan pentas-pentas ceramah bagi melemparkan penghinaan dan ungkapan kasar terhadap pemimpin-pemimpin negara.
Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberi gelaran seperti 'bangang', 'bodoh' dan 'Najib Altantuya', mereka turut menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai sasaran dengan memberi gelaran 'nyanyuk' kepada negarawan itu.
Tindakan mereka ini, ternyata tidak amat keterlaluan, ketika berceramah anjuran pembangkang di Taman Semarak, kata-kata kesat dan maki hamun menjadi bahan ceramah tidak disenangi para hadirin. Hadirin tidak memberi tindak balas atau respons setiap kali penghinaan tersebut dilemparkan.
Menurut sumber, Tidak cukup dengan itu, empat bekas pemimpin tentera tersebut iaitu Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khatab terus melemparkan tohmahan terhadap kerajaan.
Antara tuduhan yang dibuat ialah aset persenjataan dibeli pada harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya, tidak secara tender terbuka, tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera dan pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu.
Namun, tidak seorang pun daripada empat bekas pemimpin tentera tersebut yang bakal menjadi 'calon payung terjun' pakatan pembangkang mengemukan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.
Sebaliknya hanya membuat tuduhan secara membuta tuli bagi mengelirukan rakyat.
Tidak cukup dengan itu, Abdul Ghafir cuba memperbodohkan rakyat apabila membuat dakwaan bahawa perisikan polis dan tentera meramalkan bahawa pakatan pembangkang bakal menang pada PRU-13.
"Saya ingin menyatakan daripada ramalan polis dan perisikan tentera telah meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi PRU-13.
"Oleh kerana polis telah membuat ramalan, sudah tentu persediaan telah dibuat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang diupah naik motor, baling batu dan sebagainya," katanya
Tindakan beliau itu dilihat sebagai strategi untuk menagih sokongan rakyat supaya pengundi pakatan pembangkang yang kononnya bakal menawan Putrajaya pada PRU-13.
P/S: macam mahu lastik jer....muka jenaral tu..tak kenang dek untung !!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment