Thursday, 7 November 2013

Mangsa yang tercampak dari kereta curi semakin pulih. @rakyatnews


Bayi yang tercampak keluar dari kereta yang terlibat dalam kemalangan ketika dilarikan
seorang remaja Isnin lalu sudah sedar daripada koma dan menunjukkan tanda yang positif. Bapa mangsa, Abdul Pirhat Karim, 34, memberitahu, anaknya Muhammad Asyraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan itu juga sudah tidak bergantung pada alat bantuan
pernafasan sejak semalam.


"Anak saya juga sudah boleh menangis dan mengeluarkan suara dan saya sangat bersyukur sebab anak saya sangat kuat," katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas Abdul Pirhat, anaknya yang koma selama dua hari itu juga sudah boleh dipindahkan ke wad biasa dari Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Sumber.

No comments:

Post a Comment