Friday, 1 November 2013

#PRKSgLimau: Keluarga maafkan@MuhyiddinYassin #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR



tidak salah merendah diri untuk memohon maaf atas kesalahan dilakukan. Sikap mudah rasa bersalah walaupun terhadap perkara remeh dibenarkan bagi bertujuan membersihkan hati. 
Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah kemasyarakatan. 




Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah At-Taghabun, ayat 14)

Permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak diterima dengan hati terbuka oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah. “Saya sedia memaafkan dan percaya kemungkinan kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu dan disebarkan secara tidak betul,” katanya, ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, Muhyiddin beberapa kali mengunjungi Azizan ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Kedah dan beliau mengenali hati budi pemimpin nombor dua negara itu yang tidak pernah membuat kenyataan negatif terhadap Azizan.



“Saya terima penjelasan yang dibuat Muhyiddin menerusi akhbar, dan kami sekeluarga tiada masalah untuk memaafkan jika benar berlaku keterlanjuran kata beliau
ketika berkempen,” katanya.


Kelmarin, Muhyiddin menegaskan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak, terutama keluarga Allahyarham Azizan, berhubung kenyataannya yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan masalah penyakit kencing manis.

Muhyiddin berkata, beliau tidak merujuk kepada bekas Menteri Besar Kedah itu, tetapi hanya bercakap secara umum. Bagaimanapun, Muhyiddin memohon maaf secara terbuka jika kenyataan beliau itu disalah erti dan menyinggung perasaan keluarga Allahyarham. Sebelum itu, anak kelima Azizan, Muhammad Rafi’iy pada sidang media, meminta Muhyiddin membuat permohonan maaf berikutan kenyataan berkenaan ketika berucap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau.


Faekah berkata, hubungan baik antara Azizan dan Muhyiddin sudah lama terjalin, iaitu sebelum kedua-dua mereka terlibat dalam politik sepenuh masa.“Mereka sudah saling mengenali sejak tahun 60-an lagi, di mana ketika itu Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Kebetulan kakak kepada Muhyiddin turut belajar di universiti sama dan daripada situ mereka berkenalan,” katanya.

Menurutnya, hubungan mesra itu masih terjalin selepas mereka aktif dalam politik, walaupun berbeza parti. “Azizan sememangnya begitu. Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan. Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan daripada pelbagai latar belakang politik berbeza,” katanya.


TPM merupakan seorang pemimpin negara , sifat seperti ini menggambarkan ketelusan dan kejujuran yang ada kaitannya dengan natijah keyakinan dan kepercayaan rakyat.Orang yang memiliki jiwa yang ikhlas selalunya menghiasi diri dengan kemuliaan dan dalam hatinya sentiasa berusaha untuk menyingkirkan sifat tidak baik.

KK : Apa tunggu lagi.... kepada pengundi N20 Sungai Limau kali ini kita kalih..#BeraniBerubah

No comments:

Post a Comment