Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Sunday, 30 March 2014

GENGSTER `AKULAH PENYELAMAT DUNIA BIKIN PM @NajibRazak "GOYANG". @PDRMsia


Tak boleh tangkap, Siasat & dakwa dan terus masuk penjara, ke?
bahaya dia ni kalau dibiarkan dia bebas. Sudah ia akan menjadi wabak yang akan merbak kepada 'pelampau' lain. Polis jangan tunggu lama....



Kalau tangkap satu dan sumbat kat penjara baru le yang lain sedar dan takut nak buat.



Inilah akibat akta ISA dan ordinan Darurat dah dihapuskan, jadi ramailah dah jadi mulut
longkang...cakap serta tulis tak tahu nak fikir...mungkin sekolah2 di Malaysia ni dah melahirkan manusia yg tidak tahu berkasih dan berhati perut....sebaliknya menjadi
manusia robot yg berhati kering terhadap pemimpin2 negara serta negaranya sendiri.


Antara komen yang terpilih di sini

Friday, 28 March 2014

Ramai @PDRMsia yang perut buncit – TunM

Seorang pegawai kanan polis dari Maktab Polis DiRaja Malaysia telah bertanya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bagaimana mantan Perdana Menteri itu menjaga kesihatan yang pada usia lebih 80 tahun masih kelihatan sihat dan muda.


"Minta maaflah kalau saya cakap terlalu ramai polis mempunyai perut yang buncit berbanding saya yang sentiasa kempis.

"Paling buruk kalau saya bertembung dengan polis berperut buncit mengenakan tali pinggang dibawah pusat". Itu jawapan Dr. Mahathir sambil tersenyum.


Jelas Dr. Mahathir lagi, kalau makan, pastikan tidak sampai kenyang walaupun hidangan yang disediakan itu sedap.

"Mak saya (Allahyarhamah) selalu berpesan kalau nak badan cantik, perut tak buncit, jangan makan sampai kekenyangan.

"Makan terlalu banyak dan sampai kenyang akan menyebabkan perut cepat membesar apa lagi kalau tidak melakukan senaman untuk keluar peluh," ujarnya.
Untuk kelihatan muda, Mahathir dengan ringkasnya menjawab, jangan merokok dan jangan minum arak.

"Narkotin dalam rokok dan alkohol dalam arak akan cepat mematikan sel kulit yang boleh menyebabkan ia cepat mengendur dan kita akan cepat kelihatan tua pada usia sebenar.

"Jadi, kalau nak selalu nampak muda, berhentilah merokok dan berhenti minum arak," katanya sambil ketawa.

Apa pun katanya, polis perlu sentiasa menjaga kesihatan pada tahap terbaik setiap masa agar tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan.
-Malaysia Gazette

Tuesday, 25 March 2014

VIDEO : DETIK CEMAS ROMPAKAN DI SUNGAI PETANI !! TAHNIAH @PDRMsia #Polis207


Rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan dan kedamaian negara.  Suasana keamanan yang kita nikmati pada hari ini sebahagian besar datangnya daripada usaha perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan terutamanya polis. Mereka menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Marilah sama-sama kita memupuk semangat setiakawan, mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan sesuatu yang bersifat perpecahan dan sentiasa bersedia menyelesaikan sebarang masalah dengan bijaksana dan penuh rasa mahabbah. Percayalah, kekuatan PDRM dan rakyat merupakan pemangkin kepada benteng keselamatan negara. Tanpa sokongan padu semua pihak, kesejahteraan dan kemakmuran negara tidak akan tercapai.

SELAMAT HARI POLIS 207.....

Post by Balai Polis Sungai Petani.


Dalam menuju status polis bertaraf dunia, PDRM memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti terbaharu menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB), dengan peruntukan RM20 juta bagi membeli 1,000 motosikal.

Bagi mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, pelbagai usaha dilakukan PDRM antaranya menambah bilangan anggota di kawasan 'panas' serta penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi untuk mengurangkan jenayah seperti ragut, curi kenderaan dan samun.
Hari Polis disambut setiap tahun pada 25 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati sejarah penubuhan pasukan keselamatan itu yang banyak menabur bakti kepada negara termasuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis.