Rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan dan kedamaian
negara. Suasana keamanan yang kita nikmati pada
hari ini sebahagian besar datangnya daripada usaha perjuangan dan pengorbanan
pasukan keselamatan terutamanya polis. Mereka menjalankan tugas dengan penuh
tanggungjawab dan amanah. Marilah
sama-sama kita memupuk semangat setiakawan, mengelakkan perkara yang boleh
menimbulkan sesuatu yang bersifat perpecahan dan sentiasa bersedia
menyelesaikan sebarang masalah dengan bijaksana dan penuh rasa mahabbah.
Percayalah, kekuatan PDRM dan rakyat merupakan pemangkin kepada benteng
keselamatan negara. Tanpa sokongan padu semua pihak, kesejahteraan dan kemakmuran
negara tidak akan tercapai.
SELAMAT HARI POLIS 207.....
Post by Balai Polis Sungai Petani.
Dalam
menuju status polis bertaraf dunia, PDRM memperkenalkan pelbagai inisiatif
seperti terbaharu menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB), dengan
peruntukan RM20 juta bagi membeli 1,000 motosikal.
Bagi
mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, pelbagai
usaha dilakukan PDRM antaranya menambah bilangan anggota di kawasan 'panas'
serta penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi untuk
mengurangkan jenayah seperti ragut, curi kenderaan dan samun.
Hari
Polis disambut setiap tahun pada 25 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati
sejarah penubuhan pasukan keselamatan itu yang banyak menabur bakti kepada
negara termasuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis.
No comments:
Post a Comment