Dulu bila kerajaan sibuk nak buat jambatan kedua ini, mereka sibuk mencanangkan untuk membina terowong Pulau Pinang dengan kos lebih murah cuma RM1 bilion saja. Namun akhirnya si Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah ketamadunan Pulau Pinang itu menyalahkan sistem Microsof Excel dan silap taip. Sekali lagi habuk pun tarak... [sumber]
Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Kerajaan bersetuju untuk
menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim
Mu'adzam Shah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu malam.
Beliau berkata keputusan itu
dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah.
"Kalau ada sebuah jambatan
yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada
'umph', tak signifikan...
"Semoga terbinanya
jambatan ini dan dengan nama (Yang di-Pertuan Agong), Insya-Allah akan kekal
abadi secara berpanjangan dalam lipatan sejarah Malaysia," katanya semasa
berucap merasmikan jambatan itu di sini.
Sambil menyifatkannya sebagai
detik yang amat bersejarah dan penting dalam perjalanan negara, Perdana Menteri
turut mengumumkan bahawa pengguna jambatan itu tidak akan dikenakan tol selama
sebulan.
Najib yang juga Menteri
Kewangan berkata jambatan itu bukan sahaja mercu tanda baharu negara tetapi
juga mencetuskan pemangkin kepada proses pembangunan dan kerancakan ekonomi
Pulau Pinang dan koridor utara.
Menurutnya laluan selatan
dipilih bagi pembinaan jambatan kedua itu bagi membangunkan sekitar kawasan
Nibong Tebal, Batu Kawan di bahagian seberang dan Balik Pulau di bahagian pulau
serta limpahannya turut dapat dirasai oleh Kedah, Perlis dan utara Perak.
"Projek ini dicadangkan
oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada 1995 dan apabila
Tun Abdullah (Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, beliau mempunyai dua
pilihan laluan iaitu utara dan selatan, dan beliau membuat keputusan memilih
cadangan laluan selatan," katanya.
Najib berkata walaupun berlaku
peralihan kuasa pemerintahan di Pulau Pinang pada 2008, tetapi projek itu diteruskan
kerana ia adalah untuk manfaat rakyat Pulau Pinang.
"...inilah semangat yang
perlu kita pupuk, perlu ada cita-cita besar kepada Malaysia. Oleh itu, adalah
penting walau apa pun fahaman politik kita, kita perlu utamakan pembangunan
negara," kata Perdana Menteri.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment