Selepas Parti Keadilan Rakyat yang memihak kepada Presidenya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi untuk calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun, iaitu majoriti 5,379 undi.
Spekulasi
mengenai perubahan kerusi Menteri Besar Selangor kembali diperkatakan selepas
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi pilihan raya kecil Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Kejayaan Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) itu menempatkan diri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)
Selangor membuktikan Wan Azizah mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda
'langkah Kajang' yang dirancang parti itu.
Timbalan Presiden PKR,
Mohamed Azmin Ali berkata, Wan Azizah mempunyai kelayakan untuk diangkat
sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya menerima sokongan majorti
Adun Pakatan Rakyat di negeri itu.
Tegas beliau dengan
pengalaman Wan Azizah dalam politik, beliau yakin isteri kepada Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu cukup bersedia untuk memikul
tanggungjawab berkenaan.
"Beliau pernah
menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia.
"Malah memegang
jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul
tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," katanya ketika
ditemui di sini, Ahad.
Menurut Mohamed Azmin,
agenda menerusi rancangan 'langkah Kajang' akan diteruskan seperti yang
dirancang sebelum ini.
Katanya Adun Bukit
Antarabangsa itu, tindakan lanjut mengenai 'langkah Kajang' akan dibincangkan
dalam masa terdekat bersama sekutu Pakatan Rakyat di Selangor.
Sementara itu Anwar
ketika ditanya mengeni kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim akan digugurkan dan diganti dengan isterinya, Ahli Parlimen Permatang
Pauh itu berkata ia akan dibincangkan beraama DAP dan PAS terlebih dahulu.
"Kena bincang
dengan rakan Pakatan Rakyat, ini bukan keputusan saya. Masih terlalu awal untuk
diperkatakan," katanya.
Tahniah lah orang-orang selangor dan pengundi Kajang yang memilih Dr Wan Azizah sebagai pemimpin mereka. Selepas KK pasti akan bergeloralah dan porakperanda rumah selangor selepas ni.. kita tunggulah..
Dasar gilakan kuasa serta tamak..... akan meruntuhkan sebuah kerajaan.....
No comments:
Post a Comment