Satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.
UFB mahu pihak berkuasa agama Islam di negara ini mengambil tindakan terhadap amalan berunsur syirik yang dilakukan oleh segelintir pihak kononnya untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.
Amalan itu bukan saja mencemar nama baik umat Islam di negara ini keseluruhannya tetapi menjejaskan juga imej negara kerana dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang jadi pintu keluar masuk negara.
"Kita bukan hendak menghukum semua bomoh. Jampi bukan tidak ada dalam Islam, ada. Tetapi ruqyah atau jampi dalam Islam hanya dengan membaca Al-Quran saja.
"Dalam Islam, kita berdoa memohon pertolongan kepada Allah," kata Fathul Bahri kepada Astro AWANI.
Beliau mengulas kenyataannya di Twitter yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370.-aSTROAWANI
No comments:
Post a Comment