Pejabat Daerah Baling telah menganjurkan MAJLIS TAKLIMAT
PENERANGAN HARGA GETAH di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling, Kedah yang berlansung pada 27 Mac 2014 yang lalu. (Gambar hiasan jer kat atas tu....)
Majlis
tersebut diadakan bertujuan untuk menerangkan tentang bagaimana harga getah
dikawal dan dialog antara penoreh, peraih dan jabatan-jabatan yang dijemput.
Antara jabatan yang dijemput hadir adalah Lembaga Getah Malaysia, RISDA, FELDA,
FELCRA dan MARDEC.
Tetapi apa yang amat mengecewakan adalah jumlah kehadiran
tetamu pada majlis tersebut. Pihak penganjur menyasarkan kehadiran seramai
1,000 orang tetapi apa yang dilihat kehadiran pada majlis tersebut hanya
seramai lebih kurang 300 orang sahaja.
Adakah RAKYAT BALING suka berhimpun?
KK
rasa betul kot sebab mentaliti sesetengah rakyat Baling lebih suka berhimpun
dari mendengar penerangan dari pihak yang menguruskan tentang harga getah ni.
Pada KK Platform HIMPUNAN DERITA RAKYAT yang akan diadakan pada 5 April 2014
yang dianjurkan oleh PAKATAN RAKYAT adalah dirasakan oleh rakyat Baling medium
terbaik untuk mendesak Kerajaan menaikkan harga getah.
Mentaliti seorang Guru Sekolah...... |
KK ingin menasihatkan
pada Rakyat Baling janganlah tertipu dengan dakyah dan fitnah oleh PAKATAN
HARAM tu sebab masalah ni tak dapat diselesaikan dengan adakan himpunan mahu
pun rusuhan.
Setiap masalah boleh dibincangkan melalui saluran yang mengikut
undang-undang. Tapi pada KK majlis tersebut tak dapat sambutan adalah kerana
pihak penganjur tidak membuat hebahan dan sebaran terhadap majlis tersebut
sangat kurang, seolah-olah majlis tersebut hanya mahu orang-orang yang tertentu
hadir.
Bukankah majlis seperti itu seharusnya disasarkan kepada Semua Rakyat
Baling. Dalam situasi kini tentang isu harga barang naik pihak Kerajaan
seharusnya mengadakan lebih banyak majlis-majlis penerangan tentang isu yang
kini giat diperkatakan jika ingin mengekalkan pemerintahan yang diperolehi
selama ini.
KK bukanya hendak meletakan atau hendak menyalahkan mana-mana pihak berkenaan Majlis Penerang tersebut yang kurang mendapat sambutan. Seharus dialog seperti haruslah lebih menarik perhatian serta dapat mendapat sambutan dari Rakyat Baling.. Apakah ada unsur Sabotaj terhadap majlis tersebut ?????
Memang dengar rintihan dari rakyat baling mereka akan pergi serta meletakkan kepentingan politik di sebelah.. Berhimpun untuk mendesak nampak cara matlamat yg diadakan..
ReplyDelete