Showing posts with label artis pas. Show all posts
Showing posts with label artis pas. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

Video !! Kisah Suatu Malam Yang Mendebarkan buat Isteri. @abby_abadi112


Satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka. Jom kita lihat pesanan UAI kepada abby abadi.


Berikut adalah 10 Kesilapan besar yang para isteri perlu tahu :

1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna

2. Nusyus (tidak taat kepada suami)

3. Tidak menyukai keluarga suami

4. Tidak menjaga penampilan

5. Kurang berterima kasih

6. Mengingkari kebaikan suami

7. Mengungkit-ungkit kebaikan

8. Sibuk di luar rumah

9. Cemburu buta

10. Kurang menjaga perasaan suami

Wednesday, 11 June 2014

MENGGANAS ! @abby_abadi112 KENA FITNAH DERA SUAMI GUNA KUASA "CAKAR HARIMAU" @MyMeleTOP @zuanazmi



Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui.. Semoga kita ambil pengajaran dari kes mcm ni. Kisah abby sebagai seorang ikon PAS yang mempunyai pewatakan yang lembut dan tegas dengan prinsip sering menjadi selebriti undangan ke Program PAS dan NGO. Abby menganggap PAS merupakan sebuah pertubuhan dan tiket ke yang mempu merubah dan membawanya "kesyurga".



Noor Farhan mendedahkan Abby Abadi buat pertama kali mencederakan dirinya sekitar Januari tahun ini apabila mengetahui (ketika itu) suaminya ada memberitahu rakan yang mereka sudah tiada hubungan.

Abby Abadi khabarnya sekali lagi bertindak agresif mencakar muka & lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.
“Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,“ ujar Noor Farhan yang ditemui.
Sering Bergaduh Kerana Tiada Wang, Beri Tekanan

Screen Shot 2014-06-11 at 2.30.34 PM

Noor Farhan juga mendedahkan yang mereka sering bertengkar ketika Abby tidak mempunyai wang & ekoran itu juga sering memberikan tekanan kepada lelaki itu sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah.
“Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang & mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya”
“Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan,” tambahnya lagi.
“Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,“ jelasnya. 
SUMBER : 
http://www.rotikaya.com/bekas-suami-abby-abadi-saya-didera-secara-fizikal-mental/

Thursday, 12 December 2013

AKHIRNYA !! BOB LOKMAN MASUK HOSPITAL KERAJAAN. @abby_abadi112


Terkini Bob Lokman dirawat di CCU Hospital UiTM Sg. Buluh. Sebelum ini Pelakon dan pendakwah terkenal, telah dikejarkan ke Hospital Taiping, Perak selepas mengadu mengalami sesak nafas, semalam. 


  
Difahamkan, kejadian berlaku ketika Bob sedang menikmati buah durian di sebuah majlis di Kuala Kangsar. 
  
Malah, berita ini juga disahkan oleh pendakwah terkenal Ustaz Nazmi Karim menerusi akaun Facebooknya yang mengharapkan doa agar Bob Lokman sembuh seperti sedia kala.

Monday, 21 October 2013

MASYAALLAH !!! @abby_abadi112 Maki Hamun BAPA SENDIRI SEBAB PILIH #UMNO. #pemilihanUMNO @rakyatnews #OhMalaysiaku


Abby Abadi telah menyertai PAS tetapi bapanya Abdul Manan Tadin, 78 akan tetap setia bersama Umno. Dia di antara yang terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini. Katanya walaupun dia bertongkat, dia akan datang untuk pilih pemimpin Umno dan berjuang hingga akhir hayatnya dalam Umno. 

 “Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.” 


 “Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO,” katanya kepada pemberita.
KRITIKAL !!




ini lah hasil ajaran PAS... walaupun berubah ke arah muslimah , tapi hati kalau busuk tak guna juga .


Anak dok maki parti UMNO setiap hari tapi bapanya tetap setia kepada parti Melayu tersebar di negara ini hingga akhir hayat .


Monday, 2 September 2013

@abby_abadi112 dah Buktikan "keperkasaan" sebagai seorang wanita. #rakyatnews #MeleTOP #SyuhadaKasihAbadi #PAS #PR


#04 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA

Alangkah indah hidup ini... seandainya dia yang ku harapkan benar-banar menjadi kenangan yang terindahku...
Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan peminat.
#14 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA

Kami tidak mempunyai gambar lain sekitar majlis ketika & pastinya akan kongsikan dengan anda semua jika ada — sementara itu, layankan gambar pasangan Abby Abadi & Farhan ini.
     "Tak Semua Dalam PAS Malaikat'


Apa yang beliau buat di atas Islam sangatkah? Bersanding adab dan budaya Islam kah? 

Ini sunnah Rasulullah SAW? 

Sunday, 28 July 2013

[VIDEO] Kiss Abby Abadi Dan Farhan Di Kecam peminat. @abby_abadi112


Sejak berkahwin dengan Farhan atau nama sebenarnya Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai lalu, Abby Abadi semakin rajin berkongsi gambar-gambar romantik mereka berdua di laman Instagram miliknya. 

Tidak cukup dengan itu, Abby turut memuatnaik sebuah video rakaman di laman Youtube yang memaparkan Farhan kelihatan begitu romantis mencium bahunya. Tidak lama selepas itu, peminat mula meninggalkan komen-komen kritikan yang nyata tidak senang dengan penyebaran video berkenaan. Lebih menarik, portal terkenal, MyNewsHub turut berkongsi video kontroversi itu kepada peminat di akaun facebook mereka. 




Menerusi akaun facebook mereka, peminat semakin rakus meninggalkan komen-komen berbentuk teguran serta kritikan yang pastinya pedas dibaca oleh Abby dan Farhan. Korang boleh baca sendiri sebahagian komen kritikan dan teguran yang ditinggalkan peminat menerusi akaun facebook MyNewsHub di bawah. Admin harap Abby dan Farhan dapat menerima semua kritikan itu sebagai perkara yang positif untuk tujuan memperbaiki diri.

Video Kiss Abby Abadi dan Farhan Di Kecam
sumber : Ceritaapakah

KK : Kita Doakan sahaja kebahgiaan mereka. Harap jangan ada lagi cerita "kurang enak" kisah Abby abadi.

Tuesday, 23 July 2013

@ShamKamikaze tak perlu jadi macam @ustazharidrus #UAI bila berbicara. @TVALHIJRAH1


Seorang bekas artis berkumpulan yang merupakan pemain gitar terkenal Sham Kamikaze mula dihujani kata cacian oleh ramai pelayar siber yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut di dalam laman Facebook beliau.

Beliau dihentam kerana slot ceramahnya di TV Al-Hijrah yang dilihat langsung tidak sependapat dengan pandangan penonton setia rancang tersebut.

Sham Kamikaze yang mengisi slot tazkirah yang bertajuk "Hadiah Kepada Si Mati" telah mengemukakan hujjah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada Si mati.

"Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-Quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat? Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum.."


KK : Berguru kepadang Datar, dapat rusa berkaki belang, Beguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 22 July 2013

@abby_abadi112 "memohon keberkatan Tuan Guru Nik Aziz selepas menikah di Thailand" #MeleTOP #rakyatnews


Semua sedia maklum, Abby Abadi telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24 pada 9 Julai lalu dan sempena bulan Ramadhan ini, Abby telah mengambil peluang yang ada untuk berkenalan serta berbuka puasa bersama keluarga mertuanya di Tumpat , Kelantan sekitar minggu lalu.

Abby Abadi  5

Dengan situasi pernikahan beliau yang nampak tergesa gesa, ada yang timbulkan spekulasi mengatakan Abby Abadi dan suaminya itu bernikah di selatan Thailand sebagai jalan mudah.

“Ya saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah,” ujar Abby Abadi berterus terang kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik Abby Abadi, dia telah sempat memuat naik beberapa foto indah sewaktu berbuka puasa bersama keluarga mertuanya dengan caption berbunyi :
 Sempat singgah berkenalan dengan Kaum Kerabat En Somi + berbuka puasa sama.
Berbuka sama semalam #19July2013 Sebahagian keluarga besar Arwah Tuan Haji Idris & Hajah Ramlah. Syukurrrr! mereka menerima saya seadanya. Abi tak sabar nak bawak Anak3 pula lepas ni.. Keluarga ‘hijauuu’ juga huhu rhuperrrrnyaa.
Abby juga menyagkal dakwaan beberapa blog PRO UMNO yang menyatakan suami beliau merupakan dari kalangan pemuda UMNO.

Selain berpeluang berbuka puasa bersama keluarga mertua di Kelantan, nampaknya Abby turut berkesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin negeri tersebut, Tuan Guru Nik Aziz bagi memohon keberkatan serta doa agar rumah tangga yang dibina bersama Farhan akan terus berkekalan.
Mohon keberkatan & doa dr TGNA & Isteri agar hubungan kami suami/isteri berkekalan & bahagia hingga ke akhirnya.. Aminnn! Tq ALLAH atas kesempatan ini ?
Instagram Abby Abadi
Ulama kan pewaris Nabi, apa salahnya saya mohon doa dan keberkatan dari mereka? Jauh beza TGNA dengan Pimpinan kerajaan yang korg agung2 kan tu..

Friday, 19 July 2013

"Sama sedap sama Mantooop " Persamaan @abby_abadi112 VS @ustazharidrus

Mendoakan sahaja rumahtangga Mereka berkekalan hingga ke akhir hayat .



Berita yang ditulis oleh tuan punya diri di laman sosial Instagram dan juga Twitter telah mengesahkan bahawa Ustazah PAS, Abby Abadi telah selamat menjadi isteri kepada seseorang. Bukan kembali kepada Norman Hakim dan mana-mana YB PAS seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Sebaliknya menjadi isteri kepada seorang anak muda yang kacak.


kerana sebelum ini, Ustaz MCd yang zuhud ini dah la naik ferrari, motor besar kini dapat isteri muda yang betul-betul muda. Isteri muda Ustaz Azhar kita ni nama Izyan. 

Rezeki kedua-dua selebriti PAS apa nak buat... KK ucapkan Tahniah kepada selebriti PAS yang sudah samapai Jodoh.. ini jer yang KK mampu hadiakan..jeng-jeng




KK : sama-sama kepingan "pucuk Muda" SAPA tak nak yang muda.....

Saturday, 8 June 2013

Nasib @hairieothman tak sama macam @abby_abadi112 apatah lagi nak segagah Ustaz Azhar Idrus .#PRU13


Sedih dan pilu mengenangkan sahabat ini.. Penghijrahan memenag dah elok dan terbaik tetapi caranya tidak kena pada tempat.



Beginilah nasib yang menimpa 'Pelakon Popular' sepanjang zaman al-fadil ustaz Hairie Othman. 'Khidmat' hanya ditagih dan dipakai untuk sebelum dan semasa kempen #PRU13 sahaja.


KK : Apakah nasib kita sama dan serupa? Kehhh kehhh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 8 April 2013

@abby_abadi mula tunjuk "jalang" #TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13


Sekarang ni baru la buku bertemu ruas. Nah.... ambik larat nak bertahan lama tu..... 



komen dari seorang rakan fb : Masih relevant ke Abby Abadi atau nama sebenar Arbayah ??
Ramai artis yang berhijrah…takde sapa pun yang mengarut macam si Arbayah ni…saya kagum dengan artis macam Norkumalasari & Fauziah Ahmad Daud….tak mengarut macam si Abby BONEKA parti politik..
Ni semua pertanda akhir zaman. Orang jahil/cetek pengetahuan agama, lantang bercerita pasal agama….

Thursday, 4 April 2013

Panas !!! Aishah Sampai sudah capai "klimaks". #TolakPR #PRU13 #GE13 #BetterNation




PAS yang semakin jauh tersasar dalam perjuangan ASAL memperjuangkan ISLAM semakin angkuh dalam mengejar kuasa dan kedudukan.menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan cina DAP dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

Sehinggakan pandangan alim ulama tidak diendahkan seperti mematahkan dan menolak Ustaz Taib Azamuudin sebagai Calon Parlimen di Baling.terbaru Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Janji Manismu", Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar di sini malam tadi. 

Sumber juga melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik daripada Antara Pos hari ini.

Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon bagi PRU-13.

Inilalah yang menjadi matlamat dan perjuangan PAS sekarang. Ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.

Saturday, 23 March 2013

Apa kaitan RM50K dengan yang dilakukan oleh @abby_abadi112 di London ?


Kecoh di laman sosial apa bila pendedahan mengenai perilaku yang dilakukan oleh ostajah kegilaan tatok-tatok PAS ketika berada di luar negara. Jika benar kenyataan dan peringatan yang dikeluarkan ini maka meranalah ostat-ostat serta tatok PAS.


Siapa tak kenal ostajah abby, jika tutur yang dikeluarkan pasti mempunyai nilai kritikan dan fitnah terhadap kerajaan.

P/S : Fuhhhh!!! Ingat PR pasti ada skandal Moral.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 4 March 2013

Layakah @abby_abadi112 tarbiah rakan artis #MeleTOP


“Situasi ini menjadi cabaran kepada saya untuk mentarbiah kawan-kawan kerana mereka menyokong Umno.







Selebriti dan pelakon yang sedang giat menyertai ceramah di atas pentas Pakatan Rakyat (PR), Abby Abadi, menyelar golongan artis yang menyokong Umno yang disifatkan sebagai hanya menjaga periuk nasi semata-mata.

Berceramah di Permas Jaya, di sini, malam kelmarin, beliau turut menyifatkan artis pada masa kini sebagai kurang peka terhadap perkembangan politik negara.

Dakwanya, golongan artis terpaksa menyokong Umno kerana percaya rezeki berada di tangan parti yang dianggap keramat itu.

“Artis dipanggil ke program Umno sekadar untuk menarik orang ramai dan menghiburkan rakyat. Sedangkan tidak pernah diberi peluang bercakap mengenai politik di atas pentas kerana tidak diberi pendedahan.

“Situasi ini menjadi cabaran kepada saya untuk mentarbiah kawan-kawan kerana mereka menyokong Umno.

"Pada mereka kalau tak sokong Umno mereka tak ada ‘job’,” katanya yang mengakui tidak pernah mengundi dan percaya ramai rakan artis juga gagal berbuat demikian kerana tidak diberi pendedahan.

Agak korang layakah si polan ini nak menasihat ataupun nak mentarbiahkan orang ?????

 

Monday, 25 February 2013

Panas !! Cai pakatan meroyan dengan Buah tangan "Bangkang dari Longkang" @afdlinshauki #MeleTOP


Masalah Ahli sendiri  pun tak dapat nak selesaikan ada hati nak memerintah negara..... 

Parking Putrajaya




Ini perkara yang pemimpin Pakatan haram tidak akan sebut di depan rakyat, bagaimana mereka nak selesaikan semua masalah ini.  Yang penting pada dia ialah tabur janji dulu dengan harapan boleh menang.  Boleh buat atau tidak itu kemudian.

Kita rakyat, jangan jadi bodoh sama macam mereka.  Niatnya tu jelas sangat dah, bukan nak melaksanakan sangat pun tapi lebih kepada nak memancing undi sahaja.  Lihat saja prestasi ‘melaksanakan janji’ di negeri-negeri yang depa perintah sekarang, apa yang hebat?

Harap-harap rakyat di Negeri Kedah akan membuat perubahan dalam PRU 13 nanti.