Showing posts with label uai. Show all posts
Showing posts with label uai. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

Pemuda Kristian berdialog dengan @UAI di FaceBook.


Ustaz Azhar Idrus mempunyai begitu ramai pengikut tak kiralah di luarsana sataupun laman sosia. Dengan gaya sempoi dan bersahaja berjaya menarik minat pelbagai golongan untuk mendengar kepetahan dan lawak jenaka ketika berceramah.

Pengikut UAI ini bukan setakat yang beragama islam sahaja, bah kan meraka yang beragama kristian.. jom kita lihat apa yang "diconfiuskan" oleh lelaki kristian ini mengenai kisahnya dengan seorang perempuan islam disekolah.

Ilmu yang kita pelajari mungkin tak sehebat orang lain pelajari atau mungkin kita belum sampai ke bab itu. Islam tu datang dari hati dan akal fikiran untuk berfikir.

Wednesday, 1 January 2014

Hina dan Penjual Agama !! @khalid_ismath DEDAH SIAPA @UstazAzharIdrus . #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis

Photo: Allahurabbi..siapa kenal mereka2 ini?



Ceramah anjuran kerajaan Negeri Pulau Pinang di Butterworth pimpinan Pakatan Rakyat dianggap sia-sia kerana tak mahu memberontak bersama-sama kumpulan guling yang terdiri dari golongan punk, skinhead dan pasti tak ketinggalan puak-puak Syiah, LGBT, kapir harbi, komunis, atheis dan sebagainya.


luahan seorang penjilat dan penganut Syiah tegar Khalid Ismath melalui akaun tweeternya.





Sibuk demo sana sini rumah tangga sendiri berpecah belah, bini terpaksa diceraikan kerana tak mahu ikut ajaran sonsang Syiah.Semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada saudara Khalid Mohd Ismath agar kembali kepada ajaran Nabi SAW yang sebenar-benarnya.

Kepada seluruh pimpinan PAS agar berhati-hati dengan golongan-golongan yang terpesong aqidahnya. Dan pimpinlah mereka ini agar kembali kepada Aqidah ASWJ yang tulen.


Saturday, 17 August 2013

Gempar !! @UstazAzharIdrus terlibat dalam Kemalangan jalanraya. #rakyatnews #OpsSelamat

 

Kemalangan melibatkan Ustaz Azhar Idrus, penceramah popular dikalangan parti pembangkang.Pada pagi tadi, 17 ogos 2013 gambar disebarkan melalui twitter. Syukur, UAI dikhabarkan selamat.


KK : Berhati-hari dijalanraya pandu cermat jiwa selamat..beringatlah sebelum ajal menjemput..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 23 July 2013

@ShamKamikaze tak perlu jadi macam @ustazharidrus #UAI bila berbicara. @TVALHIJRAH1


Seorang bekas artis berkumpulan yang merupakan pemain gitar terkenal Sham Kamikaze mula dihujani kata cacian oleh ramai pelayar siber yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut di dalam laman Facebook beliau.

Beliau dihentam kerana slot ceramahnya di TV Al-Hijrah yang dilihat langsung tidak sependapat dengan pandangan penonton setia rancang tersebut.

Sham Kamikaze yang mengisi slot tazkirah yang bertajuk "Hadiah Kepada Si Mati" telah mengemukakan hujjah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada Si mati.

"Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-Quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat? Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum.."


KK : Berguru kepadang Datar, dapat rusa berkaki belang, Beguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 19 July 2013

"Sama sedap sama Mantooop " Persamaan @abby_abadi112 VS @ustazharidrus

Mendoakan sahaja rumahtangga Mereka berkekalan hingga ke akhir hayat .



Berita yang ditulis oleh tuan punya diri di laman sosial Instagram dan juga Twitter telah mengesahkan bahawa Ustazah PAS, Abby Abadi telah selamat menjadi isteri kepada seseorang. Bukan kembali kepada Norman Hakim dan mana-mana YB PAS seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Sebaliknya menjadi isteri kepada seorang anak muda yang kacak.


kerana sebelum ini, Ustaz MCd yang zuhud ini dah la naik ferrari, motor besar kini dapat isteri muda yang betul-betul muda. Isteri muda Ustaz Azhar kita ni nama Izyan. 

Rezeki kedua-dua selebriti PAS apa nak buat... KK ucapkan Tahniah kepada selebriti PAS yang sudah samapai Jodoh.. ini jer yang KK mampu hadiakan..jeng-jeng




KK : sama-sama kepingan "pucuk Muda" SAPA tak nak yang muda.....

Monday, 8 July 2013

(Video ) Panas !!! buat peminat @ustazharidrus berjudul "membodooooooookan" #UAI



Agak-agak la... hampa nak memfitnah serta memburukan "ulama" ini.. tak taku ker'' balasan yang akan diterima oleh peminat ostat mcd AL Ferari ni.....

KK tak berani nak..komen banyak-banyak pasal ostat ni... MC D Al Ferarri ni.. Maklumlah ostat ni dia popular bukan pasal ilmu tapi bab "lawak bodohhhhhhhhhhh" hahah

Sape la.. punya kerja ni.... edit gambar ni dan buat video uai ni.. jom layan...

Sunday, 16 June 2013

[VIDEO] Kecoh !!! @ErraFaziraWC kena "hentam" sebab tak sokong @ustazharidrus . #MeleTOP


Pehhhh Hangat ehh !! apa yang tidak kena lagi dengan UAI ini. Sehinggakan dikaitkan dengan Pelakon jelita Erra Fazira....


Kes bermula macam ini.. Erra Fazira di hentam teruk oleh peminat Ustaz Azhar Idrus (UAI) apabila Pengacara primadona itu membuat pengumuman behubung dengan program baru di Astro.

Semasa mengumumkan program itu, Erra Fazira hanya menyebut nama Ustaz Kazim Elias sebagai idola dan tidak menyebut nama UAI. Ini membuatkan ramai peminat UAI bengang dan kecewa. Jom tengok video berkenaan...

VIDEO SUMBER :  MPP
badIgollll... punya pengikut puak pakatan rakyat.. ramai yang dah tahu perangai sebanar UAI ni.... Kereta, Duit dan perempuan..kehhh kehhh

KK : Kalau tak sebutpun apasalahnya... Utaz Kazim Elias lebih mulis lagi pada UAI.....

Wednesday, 12 June 2013

Tudiaa !!! UAI main "KOTOR" semasa #PRU13 #blackout505




Usataz Azhar Idrus salah satu nama besar dalam dunia "ceramah" yang menarik minat golongan muda. tetepi apa kaitan nya dengan Keputusan PRU13. Jom baca tengok...

UAI antara alasan BN fail petisyen

UAI antara alasan BN fail petisyen
Nor Azli (kanan) dan peguambela,

Mohd Ilyas Mohd Noor memfailkan petisyen di mahkamah.
Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.


Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.



UAI antara alasan BN fail petisyen“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.




“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.



Petisyen itu difailkan calon kerusi masing-masing melalui Tetuan Mohd Ilyas and Co di hadapan Pendaftar, Noor Haslinda Che Seman, pada jam 2.30 petang.



BN turut memfokuskan dakwaan sogokan berbentuk wang ringgit dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon Pas atau ejen yang berkhidmat di bawah calon terbabit sebagai alasan utama supaya mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangannya.



Sebelum itu, calon PKR bagi kawasan Parlimen Machang, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan calon PKR Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir serta wakil calon Dun Selising, Timbalan Pengarahnya, Semsudin Muhmmad, juga memfailkan petisyen di hadapan pendaftar sama pada jam 2.25 petang.



Kelmarin, Pas memfailkan dua petisyen membabitkan Dun Ayer Lanas dan Dun Kok Lanas di mahkamah sama, menjadikan jumlah petisyen difailkan Pas, lima.



Pada PRU13 lalu, calon BN Parlimen Bachok, Datuk Awang Adek Hussin tewas kepada Ahli Parlimen Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi, sementara Adun Ayer Lanas, Datuk Sri Mustapa Mohamed menang 
dengan majoriti 47 undi, menewaskan calon Pas, Abdullah Ya’kub. 



sinar harian


KK : ermmmmmm.... Apa cer terbaru UAI dengan bini dia ????

Friday, 31 May 2013

Aksi 'Panas' @ustazharidrus bersama ....... yang baru ? #black505


Tak sanggup KK nak habiskan tajuk kat atas tu... bukan nanti banyak yang 'hentam' KK plak. Tak habis-habis lagi 'ker' kisah yang dibangkitkan mengenai 'ostat' belaan ini.

Video di bawah ini dirakam ketika Ustad gila ni memandu secara berbahaya di atas jambatan Pulau Pinang....memotong kekiri..memotong kekanan...pergh!!macam FAST FURIOUS 6 tu ...menurut sumber... Ustad gila ni bawak kereta dengan kelajuan 180 - 200 KM/J..sekejap kekiri-sekejap kekanan...macam jalan tu bapak dia punya...

Ikuti kisah dan aksi UAI disini http://t.co/rDNhHSSWna atau di http://harapan-esok.blogspot.com/?m=1.

Ustad ni kena jawab...isu video dia pandu melebihi had laju dan dalam keadaan merbahaya perlu dijawab segera oleh UAI...menurut orang yang rakam video ni..katanya kelajuan kereta TERPAKAI Volkswagen Golf milik ustad gila ni ialah 180-200KM/H...jika salah sila nafikan wahai ustad!!!kahkahkah!!!

KK : waduh !! Waduh 'ostat' ni... Kan ostat dah bagi tau.. Ostat guna guna keta VW2005 jer... Lagipun keta ostat masuk 'workshop'...kan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 28 May 2013

Soal Jawab !! DI #FB @UstazAzharIdrus peminat lepas geram. #Black505 #blackout505

Doakan yang terbaik buat UAI... KK bukan nak "promo" UAI ni.. tetapi sekadar nak berkongsi kemuskilan yang "merewang" di benak minda peminat fanatik ustaz "fantastik" dan serba boleh ini...

Apa-apapun mungkin sekarang ini UAI sedang "berbulan madu" kot..... yelah dapat "pucuk muda".... kita tunggu jawapan "loya buruk" UAI.

kat bawah ni printscreen dari fb UAI.



Daripada Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW. hersabda;

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.


Monday, 27 May 2013

[Video] Rahsia !! @UstazAzharIdrus dapat dara sunti 23 tahun. #Black505 #blackout505





Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga dengan seorang gadis bernama Izyan berusia 27 tahun sebagai isteri ke-3 nya.

Jom Layan !!



KK : tahniah Ustaz.... 



Saturday, 5 January 2013

Rupanya @ustazharidrus pun ada amanat juga. @nikabdulaziz

Dulu amanat Hj. Hadi sekarang pula amanat dari Ustaz Azhar Idrus.

Nak kira macaman ni ?????

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 3 January 2013

Personaliti "Kemaih keming" disaran "join" #MaharajaLawakMega2012



Azhar Idrus dilabel sebagai Pak Lawak Negara


Menurut penulis tu, Azhar Idrus hanya pandai berlawak dan langsung tak memberikan dakwah yang berkesan..

Bagi gua, dakwah ni universal sebenarnya.. Ada yang berdakwah melalui ceramah.., ada yang berdakwah menerusi nyanyian Nasyid.., ada yang berdakwah menerusi penulisan dan ada yang berdakwah melalui politik..

Dan sejak akhir-akhir ni, banyak pulak gua tengok ustad-ustad yang mula berlawak dalam masjid untuk menarik pengunjung atas tiket dakwah..


Gua tak ada masalah dalam fenomena ni beb.., asalkan lawak tu taklah keterlaluan sangat, ok lahh.. Lagipun.., kalau nak dibandingkan berlawak dengan memaki hamun dalam masjid.., gua lebih prefer pada berlawak...

 Apapun.., terpulanglah pada penerimaan masing-masing.. Kalau sapa tak suka lawak.., jangan lah dengar ye tak.. Macam tu lah juga bagi sapa yang tak suka hiburan.., jangan lah baca atau tengok bab-bab artis kannn...

Gua ok je mana-mana pun... Azhar Idrus punya ceramah pun gua pergi dengar.., konsert Awie pun gua pergi layan beb.. Apa guna akal yang Tuhan bagi kalau kita tak tahu guna untuk bezakan yang mana baik dan buruk ye tak??

So.., jom baca artikel yang gua maksudkan tadi tu.. Yang baik kita buat tauladan.., yang buruk kita buat bodoh je lahh... Boleh? Huhuhuhu....



Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka. Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. 

Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.

Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar. Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.

Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan. 

Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.

Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.” 

Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.

Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.

Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap dibiarkan berleluasa.

Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah datang ke negara ini suatu ketika dahulu. 

Cuma bezanya, Ahmad Deedat mengangkat martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.

Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan Islam. Jawapannya – Rating. 

Ini kerana orang Melayu Islam suka mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.

Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut dengan lawak-lawak bodoh.

Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu, saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.

Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.

Sumber ~ MYKMU

Friday, 21 December 2012

@UstazAzharIdrus "sayiton kan kerajaan Kelantan"






"Kerajaan Pas Kelantan kerajaan syaitan, Nik Aziz Ulamak syaitan, Ustaz Pas ustaz syaitan", kenyataan itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus keatas mana-mana kerajaan yang membenarkan perniagaan arak dan judi, beliau memetik ayat Al-Quran didalam Surah Al Maaidah, Ayat 90,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.



Tuesday, 11 December 2012

"Apa salah Jika Ustaz Azhar Idrus Teringin Nak Jadi PM ? "




Aku tertarik dengan Video ustaz Azhar idrus ni.... menyentuh mengenai kreabiliti Perdana Menteri.  Artikel aku petik dari Blog Mat Despatch Otai :-



"Anok aku buleh jadi pedana menteri". -Tulah yang Ustaz Azhar cakap. Aku bukan nak kutuk dia. Ilmu dia ni lagi banyak dari aku. Tapi bila agama dan politik telah dicampur adukkan. Ni laa hasilnya. Orang dah tak nampak lagi mana satu politik mana satu agama.


Dia tak nampak apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Memang aku tak nafikan yang dia asyik tunjuk macam ni je.. --->


Kalau DS Najib buat macam tuh. Jangan lupa yang sebenarnya ANUwar pon buat jugak 1 Malaysia tuh.


ANUwar pon sokong 1 Malaysia dalam diam sebab dia nampak 1 Malaysia ni boleh pergi jauh memacu Malaysia ke hadapan. Ok. Kite balik pada cerita asal. Aku rasa Ustaz Azhar Idrus ni kene banyak membaca. GTP, ETP, PR1MA dan bermacam-macam lagi yang DS Najib buat untuk memastikan rakyat negara kita ni aman dan sejahtera. Rakyat mampu hidup selesa tanpa perlu memikirkan banyak perkara yang tidak sepatutnya menjadi beban kepada mereka.

Aku nak qoute balik ayat Ustaz Azhar masa ceramah dia," Jangan sebab satu buruk dia, kita lupa semua baik dia. Jangan sebab satu baik dia, kita lupa semua buruk dia." So nampaknya Ustaz Azhar ni tak amalkan apa yang dia cakap. 

Mudahnya untuk mempercayai apa orang cakap tanpa kita buat usul periksa. Kalau orang tuduh kita mencuri, tapi kita tak mencuri. Macam mana kita nak bagi orang percaya yang kita sebenarnya tak mencuri. Tapi orang dah bagi barang bukti yang menunjukkan kita mencuri. Macam mana kita nak terangkan dekat diorang ni?

Kalau kita cakap memang susahlah orang nak percaya. Sebab orang dah bermain dengan persepsi bahawa kita memang mencuri. Apa yang seharusnya kita buat untuk membuktikan kita tidak mencuri.? Sama macam kes DS Najib atau Tun Mahathir. Orang boleh buat surat palsu. Memalsukan Letter head untuk surat rasmi kerajaan untuk menjatuhkan mereka. Tapi macam mana diorang nak nyatakan diorang tak buat?

Nak bersumpah laknat pula nanti korang akan cakap sumpah ni dah jadi macam mainan. Macam senang-senang je terlepas dari hukuman dan tuduhan tuh.  Jadi macam mana.? Kalaulah antara pembaca artikel ni dapat memberikan alasan yang logik.