Showing posts with label artisnasional. Show all posts
Showing posts with label artisnasional. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

MAKAN bangkai binatang @ Penonton dah Kena TIPU ? #FearFactorMY @FearFactorMY



Serius, ia bukan sahaja jijik, tetapi juga sensitif daripada sudut agama. Kalau benar sekalipun untuk bertanding, apakah memakan bangkai binatang itu sesuatu yang boleh dihalalkan? Itu pertanyaan banyak pihak hasil penelitian Hits sejak beberapa hari lalu. Justeru, adegan memakan bangkai kambing dalam pertandingan akhir Fear Factor Malaysia musim kedua yang melabuhkan tirainya Ahad lalu mendapat kritikan hebat daripada masyarakat Malaysia.

Mereka yang menonton aksi berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati di laman-laman sosial. Ini termasuklah mendakwa Erin dan pasangannya langsung tidak prihatin semata-mata kerana mahu menang dan mendapatkan wang yang banyak. Juara tanpa sensitiviti, itu kata mereka terhadap pasangan muda itu.

Selain itu, pihak pengurusan Fear Factor juga dikaitkan sebagai tidak prihatin tentang isu berkenaan. Sensitiviti penonton tidak dipedulikan oleh team penerbitan. Sikap semberono ini 'menghalalkan' apa sahaja dan akhirnya adegan itu terhasil di kaca TV kita atas nama pertandingan.

Pemenang dalam program tersebut iaitu Erin Malek pula mempertahankan tindakannya. Kenapa pula? Apakah kerana mahu muncul sebagai pemenang, maka Erin juga terpaksa 'mengikut' sahaja apa yang diarahkan oleh penganjur, meskipun tahu ia menjijikkan sama sekali? Kepada Hits, Erin memperbetulkan kenyataan semua orang terutama bagi membersihkan nama semua peserta yang terlibat.

HITS: Bangkai kambing dimakan begitu sahaja, biar betul ni?

ERIN: Saya ingin jelaskan, itu bukan bangkai kambing sebenarnya. Itu hanyalah daging kambing biasa dan bukannya bangkai. Cuma daging kambing itu separuh masak. Mereka (pihak pengurusan) mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatkan daging kambing itu berbau busuk dan kelihatan kotor. Janganlah salah faham.

Awak tahu kan, manusia yang waras tidak boleh memakan bangkai?

Tahu, memang saya tahu. Tapi itu bukan bangkai sebab itu kami masih boleh makan. Kalau itu memang bangkai, kita pun tahu sama ada ia halal atau haram untuk dimakan. Tetapi saya tidak nafi, itu adalah antara cabaran yang betul-betul menguji saya dari segi mental dan fizikal. Sepanjang program itu berlangsung, pasangan saya, Redha banyak sangat menolong. Kerjasama saya dengan dia sebagai sebuah kumpulan memang sangat kuat sehingga kami berjaya menghabiskan daging kambing yang agak berbau itu.

Selepas makan daging kambing busuk, anda menang RM200,000, puas hati?

Puas hati sangat-sangat. Ini atas segala usaha bersungguh-sungguh kami. Duit yang saya menang bersama Redha ini adalah satu bonus buat kami. Sudah tentu saya dan Redha membahagikan sama rata duit tersebut. Saya akan simpan duit ini untuk diri sendiri. Ibu pun sudah berpesan agar simpan buat bekalan diri dan guna untuk perkara berfaedah.

Duit banyak di tangan, pasti akan ada surat-surat untuk minta derma atau bantuan selepas ini. Apa kata Erin?

Ia ke ni? Rasanya tidak perlu bila sudah nampak saya ada duit banyak itu, baru hendak meminta. Menderma adalah perkara normal bagi saya. Lagipun, sebelum ini, saya memang selalu melakukan kerja amal kebajikan. Kalau ada rezeki lebih, saya memang akan beri bantuan.
Ada yang mengatakan awak dan Redha sesuai jadi pasangan. Ada perancangan untuk berkahwin dengan dia?

Tak baik tau. Redha tu tunangan orang. Dia tak buat masalah pun. Sepanjang sebulan di Cape Town memang saya bersama dia dan ramai yang nampak keserasian kami. Dia (Redha) kerja keras untuk kumpulan kami. Alhamdulillah, dia pasangan yang sesuai untuk bekerja. Lagipun, tunang dia tak ada masalah dan faham kami bekerja sebagai kumpulan. Semasa episod akhir, tunang dia datang mengucapkan 'terima kasih'. Saya tanya, untuk apa? Tunang Redha kata, terima kasih kerana memilih Redha memandangkan dia yang mendaftarkan Redha masuk Fear Factor.

Lari sedikit cerita Fear Factor, dengarnya sekarang sudah ada kekasih baharu, betul?

(Gelak). Ya, memang ada. Saya sudah kenal dia (kekasih) sejak empat bulan lalu. Kami bertemu di laman sosial Instagram selepas setahun memutuskan hubungan dengan bekas kekasih saya.

Siapa jejaka bertuah itu?

Saya hanya boleh beritahu nama dia F. Dia berusia 30 tahun. Dia seorang yang matang, romantik dan penyayang. Saya tertarik dengan kematangannya sebagai seorang lelaki dan paling penting dia tidak menghakimi tentang apa juga gosip dan cerita kurang enak mengenai saya sebelum ini.

Sudah bersedia berkahwin lah ni?

Pada tahap ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan soal umur bukan satu masalah kerana paling penting kita bertemu dengan orang yang tepat dan sesuai. Berdasarkan pengalaman lalu saya sudah malas untuk bercinta lama-lama kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana dan 'F' adalah cinta hati yang melengkapi diri saya sebagai seorang wanita. Tetapi bukan bererti saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

www.utusan.com.my

Sunday, 24 February 2013

Cai pakatan meroyan dengan Buah tangan "Bangkang dari Longkang" @afdlinshauki

 "Manifesto (pakatan 2008) bukanlah satu janji yang perlu ditunaikan."


Itulah ungkapan mudah selepas Pakatan rakyat berjaya memerintah beberapa buah negeri dan membentuk kerajaan. Janji-janji pada PR13 semua lupus............ 



Lihat yg apa yg mesej tersirat dalam video nie. naikkan gaji minimum tak akan membawa perubahan dalam hidup seharian kita..cuma mengecilkan lagi nilai wang negara kita je..

Kita lihat sahaja di negeri yang diperintah oleh PR terutama di Selangor, Rakyatnya menuntut Abdul Khalid menyangkal fakta-fakta yang dijanjikannya dalam manifesto pakatan 2008 di Selangor, seperti mana berikut:

1. Sosial dan Kebajikan Rakyat

l Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana).
l Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri (belum laksana).
l Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah (belum laksana).
l Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti (belum laksana).
l Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor (diteruskan).
l Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana).
l Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana)
l Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim (belum laksana).
l Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana).
l Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana).
l Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana).
l Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana).

2. Kesihatan Rakyat

l Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana).
l Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin (belum laksana).
l Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami (belum laksana).
l Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas (belum laksana).

3. Ekonomi Rakyat

l Menyediakan premis perniagaan yang cukup ( belum laksana).
l Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana).
l Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana).
l Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana).
l Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana pada Jun tahun lepas).
l Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana).

4. Keselamatan Rakyat

l Menguatkuasakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana).
l Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana).
l Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan (belum laksana).

Wednesday, 20 February 2013

Gempar !!! komposer lagu #popular sertai parti Politik. @rozaidijamil #MeleTOP

Siapa sebenarnya komposer terkenal yang menerbitkan lagu "Bo La Weii" ......
Eddie Hamid merupakan composer yang hebat. Lagu yang di cipta & compose oleh Eddie Hamid ni semuanya terhangat di pasaran. Maklumlah tajuk lagunya pun hangat-hangat dan tangkap leleh...


Semasa PRU11 Eddie Hamid pernah mencipta sebuah untuk kempen PRU11 Barisan Nasional.. KK masih menyimpan CD lagu tersebut.. kalau tak silap KK lagu tersebut tajuk dia  "UNDILAH BARISAN NASIONAL" intro mula lagu tu... dengan Kompang... meremang buru roma mendengarnya...

Kali ini Eddie Hamid tampil dengan kreativiti tersendiri, dengan lagu sebuah lagu khas untuk Rakyat kelantan yang dahagakan pembangunan dan kesejahteraan hidup... Jom layan lagu ni... wehhhh



Terima kasih rakan artis.... yang sudi membantu BN dalam mempertahan kesejahteraan dan membanunakan agama, bangsa dan negara.

Monday, 11 February 2013

[Live] Saksikan secara live konsert #CNY @Shilaamzah bersama @Psy_Oppa di rumah anda !! #GangnamMalaysia @NajibRazak


Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadiri rumah terbuka sempena tahun baru cina 2013 yang disambut dengan begitu meriah di Pulau Pinang. Bersama lebih 80ribu rakyat berbilang kaum hadir bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib.

Siaran langsung live streaming rumah terbuka Tahun Baru Cina Penang melalui www.livetv.my

Sambutan yang begitu hebat menyaksikan keakraban serta tolenransi yang diamalkan rakyat berbilang kaum dengan mengamalkan konsep 1Malaysia. Dengan pelbagai budaya dan agama serta bangsa hidup dalam sebuah negara yang aman dan makmur.

KK: Pasti cai-cai pakatan meroyan melihatkan sambutan hebat yang diberikan oleh rakyat Pulau Pinang dan negeri sekitarnya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 4 February 2013

Panas !!! @fizoomar pilih orang Kedah.



KUALA LUMPUR: Selepas berteka-teki mengenai hubungan cintanya, pelakon Fizo Omar akhirnya mengesahkan sedang berkawan dengan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Haas Jaafar. Fizo dan Haas sebelum ini telah berkenalan selama beberapa tahun sebagai teman biasa.

Thursday, 24 January 2013

Misteri kehilangan wang di bank hampir terlerai @LisaSurihani

Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank


Lisa Surihani Syukur Misteri Kehilangan RM50,000 Hampir Terlerai

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani, 26, bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan individu yang menceroboh akaunnya pada 11 Januari lalu sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000.
Akhbar Harian Metro melaporkan, Lisa telah dimaklumkan mengenai tahanan tersebut dan diminta menunggu tindakan susulan daripada pihak polis.
"Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai," katanya.
Pada Selasa, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.
Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.
Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).
Katanya, hasil siasatan awal, wanita terbabit memang berkeupayaan untuk melakukan pemalsuan dokumen artis itu kerana sememangnya bekerja dengan bank berkenaan sebelum membuat kad ATM baru untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.
Dalam pada itu, Lisa berkata, insiden terburuk sejak bergelar artis itu turut memberi pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.
Lisa sebelum ini dilaporkan kehilangan RM50,000 sejurus kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM), namun hanya disedarinya ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, ketika ingin membuat pengeluaran di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ibu pelakon berkenaan membuat semakan baki dan mendapati wang simpanan berkurangan.
Hasil rujukan di bank, mereka dimaklumkan kad ATM terbabit tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuan.

Saturday, 22 December 2012

Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan akhirnya sah bergelar suami isteri.


PONTIAN: Pelakon Anne Ngasri, 28, dan pasangannya, Mohd Sumali Reduan, 40, akhirnya telah selamat dinikahkan di rumah keluarga pihak lelaki di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Ngasri Sain dengan mas kahwin RM 22.50 pada pukul 11 pagi Sabtu.

Anne yang mengenakan busana rona krim berkata, dia berharap perkahwinan kali kedua itu dapat berkekalan dan berdoa agar cabaran dan dugaan yang bakal diterima boleh diatasi dengan baik.

"Sudah setahun perkenalan kami. Moga-moga perkahwinan ini dapat berkekalan hingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya selepas majlis akad nikah tersebut.

Sumali pula berkata, dia bersyukur kerana memiliki Anne yang mempunyai banyak persamaan karakter dengannya dan paling penting, anak tunggal lelaki itu serta tiga anak Anne serasi untuk hidup bersama.

"Sebenarnya banyak persamaan di antara kami dan saya harap ia dapat mengikat kasih kami sehingga akhir hayat.

"Dalam pada itu, saya juga tidak akan menghalang Anne untuk melakukan aktiviti-aktiviti lakonannya seperti biasa," ujarnya.


Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju.

Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin.

Pada majlis tersebut, lebih 100 tetamu jemputan telah hadir. Mereka turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Pasangan tersebut akan mengadakan majlis persandingan pada hari esok (Ahad) di kediaman pihak lelaki. -

mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 26 September 2012

PANAS BEB !!! artis muda ini pernah jadi Model "AIR"

Siapa kenal Izara Aishah sebelum beliau mula menceburi bidang Lakonan. Izara pernah di katakan menjadi model sebuah syarikat yang berpengkalan di selangor..........



Beliau kini pelakon drama on demand.Sejak drama bersiri Vanilla Coklat menjadi tontonan ramai gadis kacukan Melayu Pakistan kelahiran JB ini kerap muncul di kaca TV. Tapi tahukah anda sebelum beliau famous beliau pernah menjadi model untuk sebuah syarikat di Selangor?




Beliau dahulu gadis PUSPEL

sumber : Blog seius.

Sunday, 9 September 2012

Video : Pehhhhh... Apa yang Nora Danis buat...?


Sudah banyak jenis parodi “Sore Eyes 5 Days MC” yang telah kami tonton sendiri di laman Youtube, namun tidak ada satu pun yang lebih comel melainkan parodi oleh Nora Danish.
Jujur OHBULAN! katakan, walaupun sudah mempunyai anak, Nora Danish tetap mengekalkan kecomelannya dan memegang status sebagai ibu tunggal yang mampu merobek jiwa datuk-datuk dan muda-mudi seperti kami. Ouh, itu satu kenyataan ya.
Mungkin termasuk sebagai sebahagian dari promosi, pihak MIG telah memuat-naik video parodi “Sore Eys 5 Days MC” yang menggabungkan Nora Danish dan juga Adi Putra. Kedua-dua pelakon ini telah digandingkan untuk filem mereka yang akan datang, “Aku Terima Nikahnya”._ OB blog
Mari kita tonton video selepas ini, apa kata anda?

Saturday, 8 September 2012

Foto Panas dari pelakon drama " kau yang terindah" TV3 Ma' embong.





Jom kita tengok gambar mesra Ma' embong bersama pasangan Ally Zaeem... kenal tak Ma' embong ala kalau pembaca yang yang meninati drama KAU YANG TERINDAH  yang tengah hangat di tayangkan kat TV3... ermmmmm yang artis paling cun sape lagi kalau bukan  Neelofa serta Nazim Othman dan Hafil Andrio Putra arahan Erma Fatima, pasti anda perasan watak yang dipegang Emma Ma’embong.

emma Ma' Maembong gadis pan-asian (Scotland & Malaysia) ini. mungkin ramai si jejaka diluar sana tengah berangan cuba-cuba try.... feeling Tetapi sayang, Emma Ma’embong sudah dimiliki oleh jejaka yang bernama Ally Zaeem.. Melepaslah sudah.-mytabloid









Thursday, 23 August 2012

LAGI GOSIP PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN. JUE AZIZ & AIDIL ZAKUAN APA KES NI.....



Jue Aziz Mengaku Mengenali Aidil, Tahu Siapa Yang Sebarkan Fitnah


Nama pelakon Jue Aziz tiba-tiba kembali hangat diperkatakan ramai apabila sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga suami kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar.


Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.


Jue mengakui dirinya terlalu kecewa dengan kontroversi yang melanda dan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak tersebut. Ketika sambutan 1 Syawal umat Islam merayakan Aidilfitri dan dihidangkan dengan pelbagai juadah, saya pula telah dihidangkan dengan sebuah kisah kontroversi yang boleh mengaibkan dirinya.


Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali.

Sebenarnya saya tahu identiti individu yang bertanggungjawab mereka cerita ini memandangkan nama Ayu Raudhah turut dikaitkan sama. Lagipun saya yakin, pembaca yang membaca cerita berkenaan juga sudah dapat agak siapa individu tersebut. Kalau betul dia ada bukti seperti yang diperkatakan, sila bersemuka dengan saya.

Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah. Saya ada hak untuk membersihkan nama kerana kontroversi ini pastinya boleh menjejaskan periuk nasi saya sebagai seorang pelakon.
 Pelakon yang popular dengan drama Manjalara tersebut juga kesal kerana menjadi mangsa keadaan.


Tambahnya: “Saya anggap diri sebagai mangsa keadaan dan tidak mustahil saya telah menjadi kambing hitam untuk pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan Aidil.
sumber

Thursday, 16 August 2012

mari kita lihat beberapa keping foto Maya Karin tanpa mekap




 
Dalam sebuah forum tempatan, Cari, seorang peminat telah memuat-naik beberapa keping gambar Maya Karin bersama Yassin. Tidak dapat dipastikan apa yang sedang dilakukan mereka, namun ianya kelihatan seperti mereka sedang mencipta sebuah lagu bersama.


Umum tahu, Maya Karin boleh dikatakan eksklusif apabila kita jarang melihat aktress jelita ini berlakon. Walaupun begitu, namanya sentiasa segar dihalwa telinga peminat.