Ahad, 31 Ogos 2014

Pertubuhan Haram @cmlimguaneng : Ahli PPS Ditahan pada Sambutan #Merdeka57


Sebelum ini, PPS yang ditubuhkan kerajaan negeri pada 2011 beberapa kali menerima aduan daripada orang awam yang kurang senang dengan kehadiran mereka yang dilihat mengambil tugas pasukan keselamatan.


200 anggota PPS ditahan pagi ini

PULAU PINANG 31 Ogos - Hampir 200 anggotabPasukan Pertubuhan Sukarela (PPS) ditahan polis ketika menyertai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, di sini pagi ini.


Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu dan menambah, mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966. - UTUSAN

ONLINE


Keceluparan dan sikap bongkak, bodoh sombong komunis Guan Eng yang mencabar Ketua Polis Negara dalam satu video yang dimuatnaik oleh blogger Novandri.

Polis akan melakukan tangkapan terhadap ahli Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) tajaan DAP di Pulau Pinang jika sekiranya mereka masih melakukan aktiviti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini berikutan pertubuhan itu telah diklasifikasikan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).


“Kita menasihati agar PPS tidak meneruskan aktiviti mereka dan jika berdegil, tindakan tegas termasuklah menangkap mereka akan diambil,” katanya pada majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencabar polis untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mempertikaikan PPS.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah