Friday 15 August 2014

#SelamatkanSelangor : Dua Adun Pas diberi tempoh 24 jam @Khalid_Ibrahim


Pas Selangor memberi tempoh 24 jam kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu di negeri ini untuk menarik balik pendirian mereka menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Pas negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata sekiranya kedua-dua Adun berkenaan - Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) - enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.

"Pas Selangor memandang serius tindakan dua Adun Pas ini yang telah mengambil pendirian dan bersikap bersendiri tanpa menurut tatacara serta arahan yang telah ditetapkan parti.

"Saya nasihati kedua-dua Adun ini untuk menarik balik tindakan (menyokong Dr Wan Azizah) atau Pas Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada

kandungan bai'ah (janji) yang telah dilafazkan sewaktu mereka menjadi calon (Adun)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. #sinaronline


No comments:

Post a Comment