Monday, 4 June 2012

LEBUHRAYA KOTA BHARU-KUALA KRAI : PENGARAH SRATIGIK JENTERA PRaya PAS KANTOIKAN POK NIK




PAS TERPAKSANA MENGUSUNG TABUNG TIN MILO  UNTUK
 DERMA PEMBINAAN LRaya DARI  RAKYAT

Apakah Tanggungjawab Kerajaan Negeri yang di amanahkan Oleh Rakyat pada PRU.........????????
Kini PAS pening kepala mencari idea untuk membuktikan projek lebuhraya tersebut tetap akan dilaksanakan juga tanpa perlu menunggu tempoh tiga empat bulan lagi sementara menanti tarikh pasti pilihanraya umum ke 13.
Melihat pada gerak tari politik PAS kita boleh menjangkakan banyak cara yang mereka akan lakukan untuk mengabui mata masyarakat bagi tujuan memanfaatkan talian hayat terakhir ini, namun di hujung sandiwara itu kelak akhirnya Kerajaan Pusat juga yang akan dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan janji politik PAS


Namun rakyat dikejutkan setelah mendapati nama yang didaftarkan ke atas nombor akaun berkenaan adalah Rowstead System Sdn Bhd.



Kepimpinan PAS yang dihubungi seolah-olah cuba mengelak untuk menjawab persoalan itu malah menunding jari ke arah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersabit isu berkenaan.

"Memang betul ada akaun bank yang disediakan untuk mengutip derma, tetapi saya tidak ingat butir-butir, jadi untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan kerajaan negeri," kata Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli yang enggan memberi penjelasan lanjut.

AntaraPos.com turut menghubungi Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar untuk mengetahui status akaun tersebut namun jawapan yang diberikan tidak membantu.

"Untuk maklumat yang sah, terbaik adalah hubungi ahli Exco Datuk Husam kerana dia adalah Exco yang bertanggungjawab untuk projek ini," kata beliau.

Justeru cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Husam menemui jalan buntu kerana beliau masih gagal dihubungi sehingga ke hari ini.

Untuk rekod, Rowstead System Sdn Bhd pernah diheret ke mahkamah dalam kes perjanjian jualan saham pada April 1999.



Sekali lagi PAS terpaksa menelan kepahitan akibat dari kesilapan jentera PRU mereka sendiri. Muslihat yang cuba ditonjolkan serta mengumpankan rakyat kelantan tidak menjadi. Apa yang diharapkan oleh kerajaan kelantan ialah terpaksa memohon dari dana luar (Bantuan kerajaan Pusat) untuk Prasarana berkenaan.

No comments:

Post a Comment