Wednesday, 18 July 2012

LEMAN YANG SUDAH BAWA PENYAKIT " EHSEM" PADA PAS

Leman oh Leman


DI PETIK DARI BLOG 
: Sejak kebelakangan akhir-akhir ini banyak blogger pembangkang terutamanya Pas sering menyerang bertubi-tubi terhadap Leman Raja Lawak sehingga mengelarkannya sebagai Man Belacak dan Man Gila. Kenapa agaknya mereka terlalu benci dengan Leman.

Adakah kena mengena dengan Leman memakai baju 1 Malaysia seperti di atas?

Walau apa sebab sekalipun yang pastinya Pas terlalu kecewa dengan Leman Raja Lawak bukan sahaja Leman memakai baju 1 Malaysia tetapi Leman telah mempersendakan pemimpin Agong Pas iaitu Anwar Ibrahim.

Pas seolah-olah menyesal menerima keahlian Leman Raja Lawak kerana di atas pentas Leman melawak sambil menghentam Anwar Ibrahim. Mungkin antara sedar atau tidak atau demi kebenaran Leman menyebut "Aku bukan pandai main belakang macam Anwar Ibrahim" ketika ceramahnya baru-baru ini.

Ayat itulah yang membuatkan ramai penyokong-penyokong Pas bingung kerana ketika Leman di pentas Pas, dia belasah Anwar Ibrahim dan mungkin suatu hari nanti dia belasah Mat Sabu pula.

Berikut antara kebingungan blogger Pas terhadap Leman Raja Lawak: Baca disini Kisah Leman yang tunggang terbalik

No comments:

Post a Comment