Sebuah portal berbahasa melayu hari membuat pendedahan berhubung wujud pergerakan JI DAN kOMUNIS dalam PAKATAN HARAM. Mereka juga ada yang disebut-sebut di Calonkan untuk PRU 13. Memang benar dakwaan ini kalau kita imbas kembali KENYATAAN MAT SABU yang Menyokong KOMUNIS.. DAH hAMPIR SETAHUN kenyataan INI.
JI Dalam Pakatan: Kenapa Kit Siang Gelabah, Betul Ke?
2 hari lepas, penulis ada menyebutkan disini tentang bagaimana Pakatan Rakyat bekerjasama dengan kumpulan samseng untuk menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat umum.
Tidak sekadar bekerjasama dengan kumpulan gangster, jaringan media berbahasa etnik tertentu turut diperalatkan Pakatan haram ini untuk merendahkan imej kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Semalam pula, polis mendedahkan penyusupan agen-agen subversif dari Jemaah Islamiah (JI) dan komunis ke dalam Pakatan haram. Malah ada diantara mereka disebut-sebut akan dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang.
Ini sudah tentu jauh lebih menarik dari apa yang penulis dedahkan sebelumnya. Penulis baru kata gangster, polis kata pengganas. Kalau gangster baru bercakap tentang jenayah yang kecil-kecil dan kurang mudarat, tapi pengganas? Itu dah masuk kategori penentangan yang menghampiri perang.
Dan kenapa tidak, sel-sel pengganas memang diketahui pernah punya kaitan yang rapat dengan anak salah seorang pemimpin dalam parti komponen Pakatan Rakyat.
Tapi peliknya, yang kelihatan tersentak ialah Penasihat DAP, bukan pemimpin parti bulan yang penulis sebutkan di atas.
Kenapa Lim Kit Siang pula yang tersentak lebih-lebih. Takkan JI ada kaitan dengan DAP kot? DAP tidak langsung berkaitan dengan Islam, apatah lagi menaja kumpulan pengganas yang ada kaitan dengan ekstrimes Islam. Kalau komunis tu mungkinlah.
Dalam tempoh 2 minggu ini, Kit Siang dah tersentak 2 kali. Kali pertama bila terbocor maklumat bahawa DAP akan bertanding 90 kerusi parlimen dalam pilihanraya akan datang, kali kedua yang inilah.
Menjadi kebiasaan yang tidak tertulis, kalau pemimpin Pakatan haram ini tersentak tak tentu pasal, maksudnya ada kebenaran sedikit sebanyak di sebalik pendedahan yang dibuat.
Penulis kalau boleh nak minta pihak polis dedahkan sel-sel komunis dan JI yang dikatakan wujud dalam Pakatan haram ini. Dari situ kita boleh lihat kaitannya dengan pemimpin Pakatan haram sedia ada, sama ada kewujudan sel-sel pengganas ini dibuat dengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan pihak atasan parti masing-masing.
Walaupun DAP dan perkauman, PAS dan keganasan, bukan asing kepada kita tapi adat menuduhlah, mesti ada bukti yang jelas.
Penulis selalu sebutkan, memang banyak yang tidak kena dengan puak-puak ini dari mula. Mereka tahu tidak mungkin rakyat mahu memilih mereka ke tahap kerajaan persekutuan. Tengok dan nilaikan sajalah prestasi masing-masing di tahap kepimpinan negeri, tunggang langgang dan lintang pukang.
Selangor sebagai contoh, yang dulu elok dah jadi huru hara (sampah dan air), yang dijanjikan macam-macam hanya dilaksanakan satu (air percuma), itupun orang duk rumah tinggi tak merasa.
Orang tak betul akal saja yang akan mengundi puak-puak ini. Justeru, ramai tidak terkejut kalau mereka memilih jalan keganasan untuk menumbangkan kerajaan BN.
Basa selanjut di MyKMU
No comments:
Post a Comment