BALING- Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis(IPD) Baling parah selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas kira-kira jam 2.30 pagi di Jalan Kampung Teluk Teduri di sini, semalam.
Mangsa, Zulkifli Md Nor,32 dari Kuaters Klinik Desa Kampung Pisang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini koma setelah terhumban ke dalam parit sedalam hampir dua meter.
Difahamkan, mangsa yang bertugas di cawangan pengangkutan lebih dari kira-kira 10 tahun itu dalam perjalanan pulang dari IPD ke rumahnya.
No comments:
Post a Comment