Gempar !!! Kedai Kain diserbu pelanggangnya apabila
menawarkan pembelian beli satu percuma satu. Keadaan hampir tidak terkawal
apabila anggota RELA dengan mudah sahaja dibolasi oleh sebahagian yang berpusu
menusuk masuk ke kedai Kain Rakyat 1 Malaysia (KKR1M).
Kerajaan
Barisan Nasional yang sentiasa mendahului rakyat , sentisa menepati janji telah
menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat hidup dalam keadaan selesa.
Sebuah Pusat Jualan Kain, ya g dikenali dengan Kedai kain Rakyat 1 Malaysia
dengan singkatanya KKR1M di tubuhkan di Baling. Ini adalah Lokasi keempat di
Malaysia bermula di Hulu Langat, UTC Kuala Lumpur, Bagan Datoh, Prak dan yang
terbaru di Baling yang terletak di Belakang Bilion Batu 42 Pulai. Ini adalah
Cawangan pertama di Negeri Kedah.
Perasmian dilakukan oleh YB Dato' Paduka Haji Mukhriz Bin
Tun Mahathir, pada tanggal 2 Feb 2012. KKR1M yang di wujudkan menwarkan harga
kain serendah 70% lebih murah dari harga asal atau di pasaran tempatan.
Pengunjung tidak perlu ke Nilai 3 Negeri Sembilan untuk mendapatkan harga
terendah. Di KKR1M menwarkan harga lebih dan hampir sama. Ini dapat memeberi
peluang kepada rakyat untuk lebih selesa membeli belah dengan pilihan kain.
En. Mohd
Nor Bin Mohd Amin, selaku CEO KKR1M dan juga merangkap pengerusi Peluang
Karisma Sdn. Bhd. Berkata" KKR1M menjamin harga lebih murah dengan pilihan
terkini disamping itu juga membantu kaum bumiputera untuk berniga.
boleh tahu x lokasi kat mana kedai kain 1 malaysia di baling nie..
ReplyDeletekat belakang pasaraya bilion, batu 42 baling.
ReplyDelete