Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas
menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan mengangap itu
sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah.
Pelikan bila cakap lain buat pula lain, Itulah manusia "munafik" seharusnya jika benar bagai cakapkan maka seharusnya pemimpin PAS menasihatkan ahli-ahli agar tidak menyertai himpunan yang dianjurkan Anwar. Malahan ada juga pemimpin yang hadir 'terkinja-kinja" bersyarah membantah keputusan PRU13, Padahal sebelumnya sudah 'angkat sumpah" sebagai YB di kawasan yang dimenanginya. ini munafik namanya.
Pas terima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan Allah
KOTA BHARU 17 Mei - Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak boleh
menerima kegagalan beliau menduduki Putrajaya, Pas pula dengan
berlapang dada dan akur dengan kehendak pengundi yang memilih Barisan
Nasional (BN) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas
menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan mengangap itu
sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah.
"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan
lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri.
"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya
untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya maka sebab itu Allah
tangguhkan dulu kemenangan kita supaya kita betul-betul bersedia.
"Dan apabila Allah memberikan kita kemenangan nanti kita mesti melaksanakan
amanah yang diberikan itu dengan baik dan memenuhi kehendak serta
hasrat rakyat," katanya ketika berucap pada ceramah perdana di dataran
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.
Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13
sebaliknya terus mengadakan siri perhimpunan haram di seluruh negara
untuk mengajak rakyat membantah keputusan PRU-13 lalu dengan pelbagai
alasan yang tidak masuk akal.
Ini termasuk mendakwa pakatan pembangkang sepatutnya diisytiharkan
sebagai pemenang walaupun kenyataannya BN memenangi 133 kerusi daripada
222 kerusi Parlimen manakala pakatan DAP, PKR dan Pas hanya memenangi 89
kerusi. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment