Dalam pada itu, Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memberi nasihat ini kepada pemimpin pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik laporan bernama:
"Tungganglah basikal politik anda yang sudah uzur itu ke hujung dunia".
Beliau berkata demikian ketika menggesa kerajaan menggunakan sepenuhnya undang-undang bagi menyekat penganjuran perhimpunan haram di seluruh negara untuk membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Kata Tunku Abdul Aziz perhimpunan haram memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam.
"Pembangkang telah lama berhasrat memulakan 'Malaysia Spring' untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berkata pakatan merancang menimbulkan kekacauan sejak perhimpunan 'Bersih' pada tahun lepas lagi dan kini menukarnya menjadi bantahan di seluruh negara.
Bantahan ini, katanya, dirancang Anwar sebelum tarikh PRU-13 diumumkan pihak berkuasa.
"Semua kegiatan mereka menunjukkan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan dengan apa jua cara dan segala yang dilakukan Anwar dengan jelas bertujuan untuk mencapai matlamat itu.
"Anwar sepatutnya sudah sedar dan menerima sambutan pengundi terhadap partinya dengan bermaruah, bukan menabur fitnah tentang integriti Suruhanjaya Pilihan Raya dan membuat tuduhan liar serta tidak berasas mengenai berlakunya penyelewengan.
"Masanya sudah tiba untuk anda menunggang basikal politik anda yang sudah usang tu ke hujung dunia dan biarlah kami menjalani kehidupan kami," kata Tunku Abdul Aziz kepada Anwar.
Beliau diiringi bekas setiausaha publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.
KK: Sekirang pekara ini dibiarkan maka ia menjadi 'nanah' dan seterusnya barah yang membunuh Kedaulatan negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment