Sunday, 19 May 2013

Demo Balak !!! @MukhrizMahathir turut kehendak Rakyat #HanyaDikedah.


Terkejut KK bila tindakkan drastik yang diambil oleh Datuk Mukhriz Mahathir berhubung dengan Isu Pembalakan yang berlaku di Negeri Kedah. Belumpun sampai 2 Minggu menjawat jawatan selaku MB Kedah. DMM dengan Amanah serta ketangungjawaban yang diberikan oleh rakyat kedah pada PRU13, Beliau dengan segera mengambil tindakan terhadap 2 isu utama yang berlaku di Negri ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di seluruh negeri itu dihentikan sementara untuk semakan pematuhan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh konsesi berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak teragak-agak untuk menghentikan aktiviti pembalakan oleh konsesi terlibat yang melanggar syarat ditetapkan menerusi bukti kukuh.
"Saya menerima laporan daripada penduduk di kawasan berdekatan aktiviti pembalakan yang mengadu bekalan dan kualiti air terjejas.
"Dalam keadaan ini, saya syorkan aktiviti pembalakan dihentikan sementara dan perkara ini akan dimaklumkan kepada syarikat konsesi dalam tempoh terdekat," katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran Menteri Besar Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini semalam.kosmo
Pendedahan yang di lakukan oleh TMK berhubung Pembalakan yang tidak terancang di Negeri Kedah oleh kerajaan Regim PAS sebelum PRU13. 
Dengar apa jawapan dari beliau bila ditanyakan mengenai kelulusan dari pihak Jabatan Alam Sekitar

Pegawai ni cakap dalam 'proses'.. hakikat yang sebenarnya, projek ladang hutan ni tidak pernah memohon pun kelulusan EIA (Environmental Impact Assessment). Malah kami TMK akan dedahkan temubual ini sepenuhnya, bagaimana PMBked (Perbadanan Menteri Besar Kedah) begitu berkuasa mengarah Jabatan Perhutanan mengikut kehendak mereka atas LESEN LADANG HUTAN (Ladang sejahtera atau Ladang Rakyat).


KK : Ini MB yang sentiasa dahulukan Rakyat. 

No comments:

Post a Comment