Anehkan !! Memang pelik kan apabila pihak berkuasa terpaksa menahan 'makhluk' yang berperangai macam 'binatang'... Memang kasar dan biadap bunyinya..tetapi itulah realiti apabila ada manusia cuba menjadi tidak bertamadun.
15 peserta flash mob Black 505 ditahan polis di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.
Mereka yang ditahan termasuk Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) termasuk aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee, selain seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dibawa dengan trak ke IPD Dang Wangi.
"Saya bersama 14 yang lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turut ditahan. Hidup Rakyat!, tulis Edi Nor Riduan laman twitternya.
Seorang anggota SAMM Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Alex memaklumkan Keadilandaily, kumpulan kira-kira 50 peserta berhimpun secara aman di hadapan Sogo sambil membawa plakad membantah penipuan pilihan raya.
Menurutnya, kumpulan mereka yang berhimpun sejak jam 2 petang diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform dan preman."Ada yang berucap secara ringkas.
Sebahagian berdiri di pinggir jalan dan bawa plakad bantah penipuan pilihan raya. Pamnadu kereta pun beri sokongan dengan bunyikan hon."Tiba-tiba, beberapa polis dekati orang yang berucap.
Hanya runding sekejap dan mereka terus tahan untuk dibawa ke trak polis," katanya.
"Flash Mob pertama adalah pembuka tirai kepada acara utama pada 22 Jun dan kami menjangka ia berlarutan sehingga kira-kira pukul 5 petang.
Sumber : mediapermatangpauh.blogspot.com
KK: baru ada akal.... Pasti sekarang ramai lagi 'macai-macai' yang macam b''''''K akan terkinja-kinja depan balai...ler.
No comments:
Post a Comment