Thursday, 13 June 2013

Pakatan dalam Pakatan Rayat "mula" Jatuhkan @anwaribrahim #blackout505


Jom kita tengok siapa yang terkena dengan "sesumpah" ini.... habis "dianiayanya" pengikut dan penyokong... kalau macam buat apa berdemo menuduh PRU13 ada penipuan... maknanya kalau anwar hadir angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, ketua umum itu sudah mengakui SPR dan PRU13 adalah besih adan adil... tak perlulah lagi nak berbohong dan mengajak rakyat berdemo lah... 


Kalau sebelum ini, anwar dengan angkuh berkempen mengajak rakanya dalam pakatan untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen.


“Semua Ahli Parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu nanti. Selepas itu kami akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan bersungguh-sungguh,” katanya menerusi satu kenyataan lewat malam Rabu.
Sebelum itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut dilaporkan berkata tidak bersetuju dengan cadangan memboikot upacara angkat sumpah tersebut.
Tegas Zuraida, semua wakil rakyat PKR perlu menghadiri majlis berkenaan bagi melayakkan mereka turut serta dalam sesi persidangan Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.
Pada 7 Jun lepas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.
Bagaimanapun, pada hari yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sätu laporan menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.
Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu membuat pendirian yang sama dengan DAP dan Ahli Parlimen Pas akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.-mStar



No comments:

Post a Comment