Akhirnya terjawab sudah bilakah filem kontroversi yang mengisahkan kejadian-kejadian sebenar yang membawa kepada tragedi 13 Mei akan ditayangkan di pawagam.
Filem arahan dan terbitan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu akan ditayangkan kepada umum mulai 20 Ogos ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek.
"Ia akan ditayangkan pada 29 Ogos ini," kata beliau selepas bermesyuarat bersama FINAS hari ini.
Tayangan filem tersebut sebelum ini tertangguh berikutan desakan pembangkang yang bising kononnya filem itu boleh menjejaskan hubungan antara kaum.
Filem yang dibuat berdasarkan kisah benar itu, dihasilkan pada tahun 2011 dan sepatutnya ditayangkan kepada umum pada 15 November 2012.
Bagaimanapun, berikutan desakan pembangkang, jemaah menteri membuat keputusan menangguhkan tayangannya.
Filem itu memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.
Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara.
Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri. SELANJUTNYA
No comments:
Post a Comment