"titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
TUN M JAWAB ISU MEMALI..
1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara
dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.
2. Adakalanya saya memegang
jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan
Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila
saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri,
maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya
beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi
kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu
penting.
3. Pada 20 November 1985, saya
mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat
banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk
penyertaan peniaga luar.
4. Saya
tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke
Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang
yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak
ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.
5.
Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya
terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4
anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.
6. Saya begitu yakin yang
Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau
sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi
Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat
pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat
Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).
7. Saya kembali ke tanah air pada
28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang
berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku
jawatan Perdana Menteri.
8. Sesuatu jawatan mempunyai
tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul
oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman
keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya
merestui tindakan.
9. Tun Musa telah akui beliau
bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet,
terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.
10. Saya tidak fikir Tun Musa
telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang
dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB
Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan
supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat
jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan
tidak akan berkompromi………..”
11. Soal peristiwa saya kononnya
tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam
buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa
Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri
pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua
Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam
memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik
pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.
12. Harus diingat bahawa anggota
polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara
kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid,
kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.
13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak
berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat
baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa
Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan. –
chedet.cc
No comments:
Post a Comment